Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ni Yang Aku Malas..”, Asyik Makan Di Kedai Mamak, Lelaki Ini Baru Perasan Rupanya..

“Ni Yang Aku Malas..”, Asyik Makan Di Kedai Mamak, Lelaki Ini Baru Perasan Rupanya..

Kategori:
ASYIK MAKAN DI KEDAI MAMAK

Kedai mamak merupakan tempat makan yang sangat dikenali di seluruh Malaysia. Bukan sahaja menyajikan pelbagai hidangan menarik seperti roti canai, nasi kandar, aneka kari dan sebagainya, budaya melepak bersama kawan-kawan juga sering berlaku di sana.

Namun akhir-akhir ini, ianya sering dilanda kontroversi dan orang ramai mempertikaikan standard kebersihan kedai mamak di seluruh negara. Meskipun begitu, ada juga beberapa kedai mamak yang menjaga dan mengawal ketat kebersihan pekerja, kedai dan makanan yang disediakan. Malah, mereka turut menghidangkan hidangan yang sangat sedap yang masih menjadi kegemaran ramai.

Asyik Makan Di Kedai Mamak, Lelaki Ini Baru Sedar Yang…

Terbaru, seorang lelaki, nazimnawawi, memuat naik sebuah video dan berkongsi sebuah hidangan yang baru sahaja dibeli olehnya di kedai mamak yang berdekatan dengannya. ASYIK MAKAN DI KEDAI MAMAK

Memesan sepinggan nasi goreng ayam, lelaki itu terbehenti sebentar setelah makanan tersebut hanya tinggal sedikit sahaja untuk dihabiskan. Melihat pada hidangannya, lelaki itu menghembuskan nafas kecewa kerana baru sahaja menyedari bahawa makanan dari kedai mamak tersebut sangat enak tak terkata!

https://www.tiktok.com/@nazimnawawi/video/7064202662262197530?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@nazimnawawi last makan mamak ✋#fyp ♬ suara asli o – Edho

Menjengah di ruangan komen, warganet pula yang ‘berang’ kerana tertipu dengan lelaki itu. Menyangka hal yang serius seperti satu lagi kontroversi mengenai kebersihan kedai mamak, rupanya lelaki itu hanya buat video tersebut untuk memaklumkan kesedapan hidangan kedai mamak.

Ceh! Rupanya Tertipu ASYIK MAKAN DI KEDAI MAMAK

Ada juga yang asyik makan di kedai mamak atas beberapa sebab. Bukan sahaja makanannya sedap, malah pekerjanya juga mesra.

Kedai Mamak Memang Sedap ASYIK MAKAN DI KEDAI MAMAK

Walaupun segelintir kedai mamak pernah dikritik kerana tidak menjaga kebersihan dan mengambil berat soal penyediaan makanan, namun masih ada juga beberapa yang masih lagi menjaga kualitinya. Tak semuanya kotor dan menyediakan makanan yang tak sedap.

Kredit: TikTok nazimnawawi

Baca Juga: Pengunjung Dengan Selamba Makan Atas Batu Sungai, Tak Takut Dengan Risiko Kencing Tikus! Warganet Tampil Berang.

tags: