Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Yang Takde Duit Beli Macam Mana..”, Beli Jambu RM3 Tapi Isi Secoet Buat Wanita Ini Terkejut & Risau

“Orang Yang Takde Duit Beli Macam Mana..”, Beli Jambu RM3 Tapi Isi Secoet Buat Wanita Ini Terkejut & Risau

Kategori:
jambu mahal

Sejak kenaikan harga barang mentah baru-baru ini, ramai peniaga juga terpaksa menaikan harga makanan yang dijual oleh mereka. Ada peniaga yang berasa kasihan namun masih tetap terpaksa menaikan harga makanan yang dijual. Kerana jika tidak lakukan hal tersebut, dia pula yang mengalami kerugian.

Namun begitu, tetap ada juga peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan dengan harga yang tidak masuk akal. Sepatutnya dijual dengan harga RM1 atau RM2 namun kenakan harga sampai RM5.

Harga jambu RM3 seperti RM1

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok, yunieyiluniey.VIBES. Berkenaan dengan jambu yang dibelinya dari sebuah kedai yang berharga RM3 namun isinya sedikit sahaja. Seperti harga RM1. Terkejut dengan situasi itu, dia tidak dapat menahan ketawa.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan jambu yang dibeli sangat sedikit. Pasti ramai yang tidak percaya jika diberitahu ianya berharga RM3. Ekoran itu, Yuniey berkata di ruangan caption, ini bukan isu ada duit atau pun tidak. Cuma dia bayangkan kalau orang yang tiada duit beli macam mana.

@kuffee_originalhq

ya allah biar betul ini bukan isu ad duit ke xde duit sy bygkan kalau org yg xde duit beli mcm mn 🥺🥺 #fypシ゚viral

♬ original sound – yunieyiluniey.VIBES – KUFFEE HQ

@yunieyiluniey.vibes ya allah biar betul ini bukan isu ad duit ke xde duit sy bygkan kalau org yg xde duit beli mcm mn 🥺🥺 #fypシ゚viral ♬ original sound – yunieyiluniey.VIBES

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Namun rata-ratanya terkejut dengan harga berkenaan. Malah ada juga yang menulis, tergamaknya peniaga berkenaan. Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Ada juga yang seakan-akan tidak percaya dan mengatakan RM1 di tempat dia lebih banyak. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan anggaplah rezeki dia. Kadang kala hidup ini begitulah, kita terpaksa terima dengan seadanya.

Sebagai pelanggan, pastinya kita memahami bila mana peniaga terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual memandangkan banyak barangan sudah naik harga. Namun begitu, janganlah sampai mencekik darah macam ni. Kasihanilah juga kami sebagai pelanggan.

Kredit: yunieyiluniey.VIBES

Baca juga: “Isteri Jenis Apa Ini..”, Suami Kecewa & Berang Isteri Tak Masak Waktu Balik Kerja. Asyik Bermain Telefon Sahaja

tags: |