Makanan pedas bukanlah sesuatu yang bagus untuk diambil selalu tapi ada mereka yang ‘berani’ dan sangat menggemarinya. Bagi mereka yang sangat suka dengan makanan pedas, semestinya gemar dengan cili. Malah, makanan yang dipesan selalunya akan diminta dengan cili yang lebih supaya dapat menaikkan lagi rasa dan kepedasannya.
Namun setiap orang juga mempunyai had kepedasan masing-masing, jika terlebih cili dan pedas melampau, sudah tentu terlalu pedas untuk dinikmati.
Terbaru, sebuah pasangan telah ke sebuah kedai makan untuk makan malam bersama. mayasofiarazali yang memuat naik video dan berkongsi saat itu bagaimanapun berasa terkejut apabila melihat cili yang banyak dalam nasi goreng yang telah dipesan oleh suaminya.
Ketika pesanan mereka diambil, suaminya ada memesan supaya nasi gorengnya dimasak dengan lebih pedas. Namun, wanita itu tidak sangka bahawa peniaga akan meletakkan lebih 20 biji cili padi dalam nasi goreng itu.
Walaupun pedas, suaminya kelihatan sangat berselera dan mampu menghabiskan nasi goreng tersebut. Tambah wanita itu juga, makanan di kedai makan tersebut semuanya sedap-sedap.
@maya_jer_lahhhh #ditaja 🤣 lebih de 20 biji ada la 🤣#ditaja #fyp #fypage #fypシ゚viral #berkawan #autotangkap #catlover
@mayasofiarazali #ditaja 🤣 lebih de 20 biji ada la 🤣#ditaja #fyp #fypage #fypシ゚viral #berkawan #autotangkap #catlover ♬ suara asli – bibir_Seksi💋👄 – T R I S N O
Menjengah di ruangan komen, warganet turut terkejut melihat jumlah cili yang digunakan. Mungkin tukang masak pun geram kerana nak pedas-pedas, sekali dia bagi seperti itu.
Banyaknya cili dalam nasi goreng tu! Kalau bagi pada mereka yang lemah perut, semestinya tak boleh dihabiskan. Bagi mereka yang gemar dengan pedas, semestinya nasi goreng sebegitu menjadi idaman tapi jangan la makan selalu, takut nanti sakit pula.
Kredit: TikTok mayasofiarazali
Baca Juga: Lelaki Menggelepar Geli Bila Cuba Dim Sum, Satu Meja Tergelak Tengok Gelagatnya