Memilih kerjaya sebagai seorang pengusaha kedai makan bukanlah hal mudah dan boleh dilakukan semua orang. Ini kerana ia memerlukan masa, tenaga dan kos lain-lain yang perlu diambil kira. Bukan sahaja kerana keuntungan yang tinggi, mereka yang menceburi industri tersebut juga atas dasar minat.
Namun ia juga mempunyai cabarannya. Kadang-kadang peniaga juga mengalami penat yang berpanjangan oleh kerana waktu kerja yang lama. Ia bagi memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan pelanggan akan berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan. Jika pelanggan gembira, sudah tentu peniaga akan berasa senang.
Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang peniaga yang sedang membersihkan meja makan menemui sekeping nota dari pelanggan yang baru sahaja beredar setelah siap menjamu di kedai makannya.
Dilihat pelanggan itu berjaya menghabiskan makanan dan meninggalkan nota buat peniaga tersebut. Nota tersebut memuji masakan dan layanan peniaga dan pekerja. Mungkin kerana malu untuk bersua dengan peniaga, akhirnya nota pula yang ditinggalkan. Tak cukup dengan itu, pelanggan tersebut meninggalkan wang sebanyak RM 10 sebagai tips buat mereka.
Tambah peniaga, hal itu mungkin nampak remeh bagi orang lain namun ia memberi seribu makna dan membantunya untuk terus bersemangat bagi terus memberikan yang terbaik buat pelanggannya.
@lilyazizan Customer dari Sorga😇… hanya nota kecil & sedikit tips sbg penghargaan sangat2 memotivasikan mereka utk berikan yg lebih baik🥰 #floydskitchen_
@lilyazizan Customer dari Sorga😇… hanya nota kecil & sedikit tips sbg penghargaan sangat2 memotivasikan mereka utk berikan yg lebih baik🥰 #floydskitchen_ ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet yang juga meniaga memahami perasaan peniaga tersebut. Bila pelanggan berpuas hati dengan makanan dan layanan, hal itu turut memberi motivasi untuk mereka terus berusaha.
Sememangnya membuka sebuah kedai makan itu bukan perkara mudah tapi bila pelanggan berpuas hati dan gembira, ia menjadi pembakar semangat untuk teruskan usaha.
Kredit: TikTok lilyazizan