Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menyesal Tengok Sampai Habis..”, Lelaki Kongsi Cara Baiki Cup Yang Dah Kemek, Akhir Sekali..

“Menyesal Tengok Sampai Habis..”, Lelaki Kongsi Cara Baiki Cup Yang Dah Kemek, Akhir Sekali..

Kategori:
cara baiki cup

Di media sosial, terdapat pelbagai hacks dan tips yang dikongsikan untuk membantu orang ramai menjadi pengguna yang lebih bijak. Jangan disangka barang yang sudah rosak sudah tidak dapat digunakan, pasti ada video yang mengajar anda membaikinya seperti yang baharu.

Namun tak semua tips berguna dan boleh diamalkan. Ada sahaja yang berunsur prank dan hanya untuk mengenakan penonton semata-mata. Jadi jangan mudah tertipu dan tonton setiap video sehingga habis sebelum mencuba apa jua tips yang dikongsikan.

Lelaki Kongsi Cara Baiki Cup Tapi Akhir Sekali..

Terbaru, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok menerusi akaunnya, askarlicious dan berkongsi cara mudah untuk membaiki cawan plastik yang sudah rosak dan kemek.

Menasihati peniaga di luar sana supaya jangan buang cawan plastik yang rosak, lelaki itu kongsi cara membaikinya dengan menekan-nekan cawan tersebut sehingga kembali pada rupa yang asal. Setelah tidak berhasil dengan cara itu, dia kongsikan satu lagi cara lain dengan menggunakan air panas. cara baiki cup

Dengan mencelup cup tersebut ke dalam air yang panas selama 30 saat, cawan plastik tersebut kelihatan mengecut. Setelah itu, jika cawan anda masih lagi kelihatan kemek, lelaki itu terus memberi solusi lain iaitu membuangnya di dalam tong sampah sahaja.

@askarlicious Cara membaiki cup rosak😅#fyp #lokalfood #askarliciouscafe #viraltiktok ♬ original sound – Noor Kartini

Menjengah di ruangan komen, warganet turut terhibur dengan video yang dikongsikan. Ada juga yang tertipu dan menonton sampai habis, ingin tahu bagaimana cara baiki cup yang dah kemek.

Warganet Turut Tertipu cara baiki cup cara baiki cup

Punyalah penonton beria menanti tips yang dikongsikan, tapi akhir sekali tertipu. Hati-hati bagi anda yang diluar sana, pastikan anda tonton video sehingga habis sebelum mencuba. Takut tertipu dan dapat tips yang tak boleh dipakai pula.

Kredit: TikTok askarlicious

Baca Juga: “Buat Sakit Hati Je..”, Wanita Mengeluh Tengok Suami Asyik Sembang Dengan Handphone Walaupun Tengah Dating

tags: |