Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Sanggup Pergi Ke Tempat Kerja Tunang Untuk Buat Kejutan, Namun Reaksinya Buat Netizen Terhibur

Wanita Sanggup Pergi Ke Tempat Kerja Tunang Untuk Buat Kejutan, Namun Reaksinya Buat Netizen Terhibur

Kategori:
BUAT KEJUTAN

Hari jadi merupakan hari istimewa yang perlu diraikan. Bagi mereka yang sedang bercinta, hari jadi pasangan merupakan hari yang dinantikan untuk melakukan pelbagai kejutan dan memberikan hadiah untuk mengembirakan hati mereka.

Meskipun sibuk dengan hal masing-masing, hari jadi pasangan sering dinantikan. Malah ada juga yang merancang untuk melakukan kejutan buat pasangannya sejak awal lagi. Reaksi mereka semestinya buat hati berasa terusik.

Wanita Buat Kejutan Untuk Si Tunang

Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang wanita, nuha5392, beria untuk melakukan kejutan buat si tunangnya yang masih sibuk lagi di kerja.

Walaupun si tunangnya sibuk melayan pesanan minuman yang agak banyak dari pelanggan pada ketika itu, namun dia tetap menyambut wanita itu dengan baik. Tak dapat menahan diri, wanita itu terus menghulurkan sejambak bunga pada tunangnya. BUAT KEJUTAN

Dari raut wajah tunangnya, dia jelas gembira dengan kejutan dari buah hatinya tapi malu untuk tunjukkan emosi ketika dirakam dan di tempat kerja. Tapi siapa sahaja yang tak rasa bahagia bila orang yang tersayang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk buat kejutan, kan?

https://www.tiktok.com/@nuha5392/video/7064592826402704666?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@nuha5392jatuh la maruah lelaki menjerit gembira kalau dpt bouquete dpn perempuan : lelaki♬ Cornfield Chase – Piano – Dorian Marko

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur dengan reaksi lelaki itu. Tambah mereka, mesti dia gembira dengan hal itu walaupun tak mampu untuk menunjukkannya dengan ekspresi wajahnya.

Sebenarnya Dia Gembira Tu.. BUAT KEJUTAN

Lelaki memang susah sikit nak tunjukkan reaksi mereka. Tapi percayalah, mesti hati dia sedang bahagia kerana menerima kejutan sebegitu dari orang yang disayanginya.

Kredit: TikTok nuha5392

Baca Juga: “Buat Sakit Hati Je..”, Wanita Mengeluh Tengok Suami Asyik Sembang Dengan Handphone Walaupun Tengah Dating

tags: