Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Perlu Cuba Resepi Bingka Pulut, Kuih Tradisional Yang Mudah Sahaja Untuk Buat Sendiri Di Rumah

Perlu Cuba Resepi Bingka Pulut, Kuih Tradisional Yang Mudah Sahaja Untuk Buat Sendiri Di Rumah

Kategori: ,
bingka pulut

Bingka pulut merupakan kuih tradisional yang sangat digemari oleh nenek-moyang kita ketika dahulu. Ia juga sesuai dimakan untuk minum petang. Namun sekarang kuih ini sukar ditemui kerana tak ramai orang akan menyediakannya.

Jika anda ingin merasainya, anda boleh cuba resepi bingka pulut yang telah dikongsikan oleh Kallthom Mohamed di grup Masakan Terengganu. Memang mudah sahaja untuk diikuti.

Resepi Bingka Pulut

Bahan-Bahan

  • 500g kelapa parut (kelapa kulit hijau)
  • 1 cawan gula (atas citarasa masing-masing)
  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • 2 biji telur
  • Esen vanilla

Cara Penyediaan

  1. Campur semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga sebati (Boleh letakkan air sedikit).
  2. Bancuhan adunan seharusnya tidak terlalu pekat atau terlalu cair (seperti dalam gambar). bingka pulut
  3. Panaskan dahulu acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan adunan.
  4. Bakar dengan api atas dan bawah selama lebih kurang 20 minit dengan 180 darjah C (berantung kepada jenis dan saiz oven juga). bingka pulut bingka pulut

Nampak mudah sahaja untuk menyediakan kuih bingka pulut ini, kan? Cubalah masak untuk mak dan ayah di rumah. Sudah tentu mereka akan menggemarinya. Rasanya juga ringkas dan sedap untuk dimakan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Kallthom Mohamed via Masakan Terengganu

Baca Juga: Resepi Kek Marble Gebu Gebas, Tak Perlu Guna Tepung Naik Sendiri Pun Menjadi

tags: