Restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC menjadi kegemaran ramai. Menghidangkan ayam goreng yang rangup, segar dan berkualiti, memang tak hairan mengapa ia berjaya bertahan dengan begitu lama walaupun mempunyai banyak saingan.
Namun begitu, ada juga beberapa pihak yang berasakan kualiti makanan yang dihidangkan oleh pihak KFC semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Jika dilihat, sudah ramai yang membuat anduan mengenainya.
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita baru-baru ini di laman TikTok yang jelas bengang dengan kualiti makanan KFC yang telah dipesan olehnya.
Memuat naik video tersebut di akaunnya, kakoks.dodol.toksewah, wanita itu berkongsi rasa kekecewaannya dan berkongsi rupa Colonel Burger Classic yang jelas nampak kurang menyelerakan dari selalunya. Patty ayamnya juga nampak hangit dan roti seperti dipenyek sebelum dibungkus.
Kemudian, wanita itu juga berkongsi rupa ayam Hot & Spicy yang dibeli. Menurutnya, saiz ayam-ayam itu kelihatan kecil dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Dia turut mendakwa bahawa ayam-ayam itu sepertinya telah digoreng beberapa kali.
Tambahnya, pihak KFC tidak seharusnya membiarkan perkara ini dari terjadi dan perlu berasa malu dengan peniaga kecil yang jelas lebih baik dari segi kualiti makanan berbanding restoran ternama itu. Sebagai pengakhiran, wanita itu juga mendedahkan bahawa tujuan dia memuat naik video tersebut adalah supaya pihak KFC dapat menyedari hal tersebut dan membaik pulih kualiti makanan yang telah disediakan.
@hakak.nurul Dgn kuasa korang tolong tag @KFC Malaysia sampai diorg notis… Bayar mahal2 ni ke kualiti yg korang boleh bg??? #kfc #kfcmalaysia #kualitiout #share #foodie #fyp #fypmalaysia #kfcbalok #fypshare #fypage #fypviral #viral
@kakoks.dodol.toksewah Dgn kuasa korang tolong tag @KFC Malaysia sampai diorg notis… Bayar mahal2 ni ke kualiti yg korang boleh bg??? #kfc #kfcmalaysia #kualitiout #share #foodie #fyp #fypmalaysia #kfcbalok #fypshare #fypage #fypviral #viral ♬ original sound – RESEPI WARISAN TOK SEWAH
Menjengah di ruangan komen pula, segelintir warganet turut kecewa dengan pihak KFC dan lebih memilih untuk menyokong peniaga kecil-kecilan.
Semoga hal ini mendapat perhatian pihak KFC untuk membaik pulih kualiti makanan yang sedang disediakan. Namun tak semua cawangan KFC seteruk itu kerana masih ada yang mementingkan kualiti.
Kredit: TikTok kakoks.dodol.toksewah
Baca Juga: Pesakit Covid Beri Kurma & Ajak Jururawat Makan Bersama, Akhir Sekali Terpaksa Ditolak Kerana..