Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Malam Mimpi Macam-Macam..”, Peniaga Temui Syiling Misteri Di Keliling Kedai, Risau Disihir Orang

“Malam Mimpi Macam-Macam..”, Peniaga Temui Syiling Misteri Di Keliling Kedai, Risau Disihir Orang

Kategori:
SYILING MISTERI

Sihir dan santau merupakan perbuatan kutuk yang sangat dilarang dalam agama Islam. Namun masih ramai yang mempraktikkannya untuk menyakitkan individu yang didengki.

Golongan pengusaha kedai makan juga sering menjadi mangsa perbuatan syirik tersebut. Maklumlah tak semua orang akan berasa senang jika melihat orang lain mendapat rezeki yang lebih. Sihir juga boleh datang dalam pelbagai bentuk. Tanpa sedar, objek harian turut boleh dijadikan penghantar sihir.

Jumpa Syiling Misteri, Peniaga Risau Disihir

Seperti mana yang baru sahaja berlaku baru-baru ini, seorang individu yang mempunyai gerai kedai makan kecil, berasa risau apabila menemui syiling misteri setiap kali dia membuka kedai untuk meniaga. SYILING MISTERI

Berkongsi hal tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, pendustacinta1, peniaga itu akan menemui bukan satu tapi beberapa keping duit syiling yang ditempatkan di tapak gerai kecilnya. Hal tersebut membuatnya rasa takut dengan sifat hasad dengki manusia. Dia turut berharap agar dapat dilindungi dari perkara yang tidak diingini.

https://www.tiktok.com/@pendustacinta1/video/7065485520708619547?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@pendustacinta1 #fypシ #fypシviral #icook #niagatepi #fypシ #fypシ ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ

Menjengah di ruangan komen, warganet turut menasihatkan supaya peniaga tersebut lebih berhati-hati bila menguruskan hal tersebut. Ada juga yang percaya syiling misteri itu bukanlah syiling yang biasa dan sengaja ditempatkan untuk melakukan perbuatan sihir.

Hati-Hati Dengan Syiling Tersebut SYILING MISTERI

Tak sangka masih ada individu di luar sana yang masih lagi melakukan perbuatan syirik. Rezeki dalam meniaga pun nak dengki, macam manalah kita nak berjaya kalau kita asyik cemburu dengan rezeki orang lain dan tak mahu sebaik mungkin untuk mencari rezeki yang halal buat diri sendiri dan keluarga?

Kredit: TikTok pendustacinta1

Baca Juga: “Makan Pun Sedih!” Wanita Bengang Dengan Kualiti Makanan KFC Yang Teruk, Bayar Mahal-Mahal Tapi..

tags: |