Indomie merupakan mi segera yang sangat digemari oleh orang ramai. Bukan sahaja di Asia, ia turut mula memasuki pasaran negara-negara Barat dan diterima baik oleh sesiapa sahaja yang pernah mencubanya.
Bukan sahaja sedap, ia juga mudah untuk disediakan dalam masa yang singkat. Berbeza dengan mi segera yang lain, Indomie ini dinikmati dengan cara kering dan tidak memerlukan kuah. Cara penyediaannya ada pada paket, jadi mudah sahaja, kalau ikuti setiap langkah sudah tentu anda akan menyukainya.
Nak masak Indomie memang mudah sahaja, jangan ingat caranya sama dengan mi segera yang lain yang sememangnya lebih berkuah. Kalau salah caranya, sudah tentu rasanya tidak akan sedap. Hal tersebut terjadi pada seorang lelaki yang baru sahaja ingin cuba Indomie buat pertama kalinya. Hal itu dikongsikan di laman TikTok menerusi akaunnya, christensamuel_.
Teruja memandangkan ramai yang cakap Indomie ini sangat sedap dan ada juga yang mendakwa bahawa ia adalah mi segera terpaling sedap yang pernah dicuba, lelaki itu terus membelinya untuk dicuba.
Namun cara lelaki itu memasaknya tidak mengikuti arahan pada paket. Tersalah cara dan menyediakannya mengikut cara mi segera yang lain, bila dicuba lelaki itu hanya memberi rating dua bintang pada Indomie tersebut kerana supnya yang tawar.
https://www.tiktok.com/@christensamuel_/video/7056333369000430850?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@christensamuel_ soup was kinda bland… #asianfood #indomie #sgfoodie #fyp ♬ mario sound – mandycap
Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet tidak berpuas hati dengan cara lelaki itu menyediakan Indomie tersebut. Salah caranya, masing-masing meluahkan rasa kecewa dan ‘marah’ mereka dengan lelaki itu.
Bila nak mencuba sesuatu yang baharu, pastikan anda membaca setiap arahan yang ada pada paket. Tak kiralah makanan atau apa-apa sekali pun. Tak semua jenis mi segera sama cara penyediaannya. Kalau buat cara yang salah, memang tak menjadi.
Kredit: TikTok christensamuel_
Baca Juga: Pesakit Covid Beri Kurma & Ajak Jururawat Makan Bersama, Akhir Sekali Terpaksa Ditolak Kerana..