Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Berasa Sebak Tengok Mak Makan KFC Dengan Penuh Selera Walaupun Sebelum Ini Asyik Menolak

Lelaki Berasa Sebak Tengok Mak Makan KFC Dengan Penuh Selera Walaupun Sebelum Ini Asyik Menolak

Kategori:
mak makan kfc

Sebagai seorang anak yang baik, kebahagiaan ibu bapa sering menjadi keutamaan. Ketika kecil, merekalah yang bersusah-payah untuk membesarkan kita jadi apabila sudah dewasa dan berkerjaya, apa salahnya kita mencuba sebaik mungkin untuk membalas jasa mereka?

Namun ibu bapa sudah tentu tidak mahu susahkan anak-anak mereka. Bagi mereka, sudah cukup memadai dapat melihat anak-anak membesar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna. Kalau ditawarkan untuk belanja, sudah pasti mereka akan menolak walaupun dalam hati teringin.

Sebak Tengok Mak Makan KFC Dengan Penuh Selera

Terbaru, seorang lelaki berasa sebak setelah melihat ibunya sedang makan makanan yang dibeli dari restoran makanan segera ternama, KFC dengan penuh selera.

Berkongsi hal itu di laman TikTok menerusi akaunnya, rotiathome, menurut lelaki itu, dia pernah menawarkan untuk belanja ibunya beberapa kali tapi asyik sahaja ditolak.

Namun terdetik juga untuk belanja ibunya, dia singgah ke salah satu cawangan KFC untuk membeli makanan di sana buat ibunya. Setelah itu, lelaki itu terus memberikannya untuk ibunya cuba. mak makan kfc

Kelihatan berselera ketika makan, dia berasa sebak melihat ibunya. Walaupun sebelum ini asyik menolak tapi rupanya seronok juga makan. Barangkali lama sudah teringin tapi tak mahu menyusahkannya.

https://www.tiktok.com/@rotiathome/video/7066461399039429915?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@rotiathome Susah digambarkan dengan kata kata🥺 #fyp #kekuatan #ibu #tiktokmalaysia ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Melihat di ruangan komen, hal tersebut turut membuat beberapa warganet berasa terharu. Tambah mereka, sifat ibu sememangnya begitu. Walaupun ingin, tapi tak mahu susahkan anak-anak. Apa salahnya jika sekali-sekala dapat belanja mereka, kan?

Walaupun Nak Tapi Tak Mahu Susahkan Anak mak makan kfc

Seronoknya bila dapat gembirakan ibu-bapa. Kadang-kadang mak dan ayah ini malu nak nyatakan hasrat mereka pada anak-anak , sekali-sekala jika dapat belanja mereka, apa salahnya?

Kredit: TikTok rotiathome

Baca Juga: Abang Luah Rasa Kecewa Adik OKU Hadapi Diskriminasi, Pihak McD Segera Ambil Tindakan & Memohon Maaf

tags: |