Bila berkawan, tidak selamanya kita akan bersama selalu. Suatu hari nanti tentu akan ada perpisahan, memandangkan semua orang perlu mengambil haluan masing-masing. Jadi selagi mampu, ciptalah pelbagai memori indah yang akan dikenangkan nanti.
Sebagai tanda perpisahan, ada juga yang melakukan prank. Selalunya aktiviti membaling tepung gandum akan dilakukan. Namun, ada juga prank yang sangat melampau dan boleh menyebabkan orang lain berasa tidak puas hati.
Terbaru, seorang lelaki, jiddyapek, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi prank yang telah dilakukan terhadap salah seorang kawannya yang akan berhenti kerja.
Merupakan hari terakhir mereka bekerja bersama, kawan sekerjanya juga turut serta dan mengambil satu periuk makanan untuk disimbah ke atas kawannya yang akan berhenti. Kawannya yang terkena akan hal itu kelihatan tenang sahaja dan tidak melawan perkara itu.
Setelah siap disimbah dengan makanan, kawan mereka yang lain turut serta untuk memecahkan telur dan menuangkan tepung dan air rebusan. Selesai sahaja hal itu, kawannya terus ke sinki untuk mencuci dirinya.
@jiddyapek Busuk sikit masin lebih
@jiddyapekBusuk sikit masin lebih
Walaupun saat itu merupakan gurauan diantara kawan-kawan, ramai warganet berasakan hal itu agak melampau dan memalukan kawan lelaki itu. Mereka luahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen video tersebut.
Bergurau pun ada batasnya juga. Lagipun perkara itu juga telah menyebabkan pembaziran makanan yang sememangnya bukan perkara yang baik. Semoga hal ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk berhati-hati semasa bergurau. Takut ada yang tersinggung perasaan pula.
Kredit: TikTok jiddyapek