Bila wanita sudah berbadan dua dan bakal melahirkan zuriat pada masa akan datang, macam-macam yang ingin makan. Ada yang biasa-biasa sahaja, namun ada juga yang pelik. Akhir sekali yang perlu melayan adalah hal tersebut adalah si suami.
Namun kerana sayang, gigih sahaja si suami melayan kerenah isteri itu. Apa sahaja yang diingini, pasti akan dituruti. Seperti mana yang terjadi baru-baru ini.
Terbaru, seorang wanita yang sedang mengandung, syaaisyahra95, berkongsi pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan ketika bakal bergelar seorang ibu.
Berbeza dengan wanita lain yang selalunya akan mengidam makanan mahal semasa mengandung, wanita tersebut bagaimanapun tiba-tiba sahaja teringin untuk makan nasi lemak kantin dari sebuah sekolah berdekatan.
Untuk menunaikan permintaannya, suami wanita itu gigih mencari sebuah sekolah yang menghidangkan nasi lemak yang sedap. Walaupun di tahan pada mulanya oleh pegawai keselamatan sekolah tersebut, suaminya menjelaskan situasi mereka. Setelah dibenarkan masuk, mereka juga sangat beruntung kerana cikgu dan pekerja kantin tersebut turut belanja mereka makan di sana.
@syaaisyahra95 Gigih la suami pun p tanya guard sekolah, rezeki dapat jugak. Cikgu dgn mkcik kantin siap belanja😭🥰 #fyp
@syaaisyahra95 Gigih la suami pun p tanya guard sekolah, rezeki dapat jugak. Cikgu dgn mkcik kantin siap belanja😭🥰 #fyp ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasakan hal tersebut merupakan kenangan indah buat pasangan tersebut yang tidak akan dilupakan. Ada juga yang mengatakan bahawa gelagat ibu mengandung tersebut sangat comel!
Macam-macam kerenah ibu mengandung, kan? Bila mengidam, makanan yang selalu tak dimakan akan dicari. Nasib baik ada suami yang memahami dan sedia melayan. Untung sangat.
Kredit: TikTok syaaisyahra95