Semestinya bagi yang ingin menamatkan zaman bujang pastinya akan mencari tarikh-tarikh yang cantik. Tarikh hari bahagia pastinya akan sentiasa diingati bila mana berkahwin pada tarikh yang cantik. Dan semalam, 22.02.2022 merupakan tarikh yang dipilih oleh kebanyakan pasangan untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Walaupun 22.02.2022 jatuh pada hari Selasa, di mana hari ini merupakan hari bekerja namun tetap ramai juga yang memilih tarikh tersebut. Manakalan semalam juga tarikh KFC Malaysia menawarkan promosi Zinger Chop pada harga RM22 untuk 2 set.
Ekoran promosi itu, ada pasangan pengantin yang menjamu tetamu mereka di restoran KFC. Menerusi video yang dikongsikan oleh meknuraini_ melalui aplikasi TikTok itu menunjukkan dia dan pasangannya serta beberapa lagi tetamu dan kaum keluarganya menjamu hidangan Kentucky Fried Chicken.
Memang pasangan pengantin ini membuat kelainan bila mana tiada gulai kawah. Yang ada hanyalah hidangan KFC. Mungkin ini adalah pilihan yang tepat memandangkan sekarang kes Coronavirus semakin meningkat. Jadi untuk lebih selamat dan tidak menyusahkan mana-mana pihak, mereka hanya makan di restoran makanan segera sahaja.
@meknuraini_ bekwah kawah ❎ bekwah kfc ✅@pecahpedal
@meknuraini_ bekwah kawah ❎ bekwah kfc ✅@pecahpedal ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
@cherita_kitakotabharu first time 🤣🤣🤣 @pecahpedal @meknuraini_ #kenduri
@afininajihah first time 🤣🤣🤣 @pecahpedal @meknuraini_ #kenduri ♬ bunyi asal – cikbiyy 😘😘
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan tertarik melihat pasangan pengantin serta tetamu menjamu selera dengan hanya makan KFC.
Malah ada juga warga TikTok yang meninggalkan komen menyatakan mudah-mudah sahaja. Makan-makan dan pulang.
Tidak dinafikan, pasangan pengantin menjamu selera siap bawa tetamu lagi merupakan satu kelainan. Jarang yang buat seperti ini. Didoakan semoga perkahwinan yang dibina oleh pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Kredit: TikTok meknuraini_ & afininajihah