Rasa bosan makan nasi putih? Kalau kita yang dewasa pun rasa bosan, apatah lagi anak-anak. Jadi apa kata ibu-ibu cuba ubah selera dengan membuat nasi butter ala KFC sebagai pengganti nasi putih? Dijamin menu ini dapat pikat selera anak-anak anda!
Pikat Selera Anak Dengan Nasi Butter Ala KFC, Boleh Cuba Kalau Bosan Makan Nasi Putih
Bahan-bahan:
- Butter 125g (untuk 6 pot beras)
- Bahan kisar (bawang besar 1 biji, bawang putih 4/5 ulas, 2-3cm halia)
- Serai (diketuk)
- Susu segar
- Garam
- Daun ketumbar
Cara-cara:
- Cairkan butter.
- Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi, tapi dalam gambar ni guna beras biasa je. Goreng selama 1-2 minit.
- Masukkan susu segar @ krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 brand ni sahaja iaitu Farm fresh/Marigold/Gooday.
- Gaul sebati dan tutup api.
- Alihkan ke dalam periuk nasi. Tanak macam masak nasi biasa tu.
- Tambah air dan garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
- Siap, wangi semerbak bau nasi mentega ini.
Lagi sedap kalau gandingkan nasi butter ini dengan resepi ayam KFC homemade!
Kredit: Ismi Yatie Ummu Haziq