Dalam kehidupan, tak semua orang beruntung dan mempunyai kehidupan yang mewah. Walaupun kadang-kadang kita berasakan hidup agar susah untuk ditempuhi, namun ada mereka diluar sana yang lebih susah dari diri kita.
Hal tersebut sangat menyayat hati, jadi tidak salah jika mengambil perkara tersebut untuk munasabahkan diri dan melayan orang lain dengan lebih baik. Jika terserempak dengan mereka yang dalam kesempitan, hulurkan sedikit bantuan pada mereka, tak kiralah sekecil mana pun.
Terbaru, seorang wanita dan keluarganya sedang mengunjungi sebuah kedai makan untuk luangkan sedikit waktu dan makan malam bersama. Namun ketika ke sana, mereka terserempak dengan sebuah keluarga lain yang lebih susah.
Berkongsi hal tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, ayu_shaklee, wanita tersebut berasa kasihan melihat anak-anak yang mengadu kelaparan kerana belum lagi makan. Oleh itu, dia dan keluarganya melmilih untuk belanja mereka makan bersama.
Walaupun pada mulanya mereka kelihatan segan untuk makan bersama, tapi layanan ramah-mesra keluarga wanita tersebut membuatkan mereka berasa senang untuk makan bersama. Sebelum berpisah, sempat lagi mereka bergambar bersama sebagai tanda kenangan.
@ayu_shaklee Kalau kita rasa hidup kita serba kekurangan, cuba tgk kehidupan org lain .. belajar bersyukur dengan apa yg kita ada .. 🥺 #fyp #fypage #fypシ
@ayu_shaklee Kalau kita rasa hidup kita serba kekurangan, cuba tgk kehidupan org lain .. belajar bersyukur dengan apa yg kita ada .. 🥺 #fyp #fypage #fypシ ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Menjengah di ruangan komen, warganet turut tersentuh dengan kebaikan wanita itu dan keluarganya. Walaupun tidak mempunyai pertalian saudara, namun sedia untuk berbuat baik dan belanja keluarga tersebut makan.
Semoga tindakan wanita itu menjadi contoh yang baik pada kita semua. Jika mampu, apa salahnya kita berbuat begitu pada mereka yang memerlukan. Ada ramai di luar sana yang berada dalam kesusahan dan perlu berlapar jadi berbuat begini mampu mengembirakan hati mereka.
Kredit: TikTok ayu_shaklee