Sandwich merupakan makanan yang mudah untuk dibawa di mana-mana jua. Ia juga sering dijual dan boleh dijadikan bekal pada hari yang sibuk.
Walaupun ia antara makanan yang sangat digemari dan dibeli ramai, peniaga tidak seharusnya mengambil mudah dan menjual sandwich dengan ala kadar semata-mata untuk mendapatkan untung. Perkara itu akan membuat pelanggan berasa tidak puas hati kerana ditipu.
Terbaru, seorang wanita, ladylyn6972, memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan dan menjual sandwich dengan inti yang kosong.
Membeli sandwich tersebut untuk dijadikan alas perut, wanita tersebut bagaimanapun kecewa apabila mendapati sandwich yang dibeli tiada inti walaupun dari luaran, ia nampak sungguh menyelerakan.
Membuka lapisan roti untuk mendedahkan intinya, sangat menyedihkan apabila sandwich tersebut hanya mempunyai sekeping isi ayam yang kecil dan daun salad. Tambahnya, dia berharap agar peniaga berhenti meniaga seperti ini dan jangan mengambil kesempatan.
@ladylyn6972 #tiktokmalaysia #sandwich #subangjaya #foodtiktok #foodreview #fyp ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr
Menjengah di ruangan komen, warganet turut kecewa dengan perkara itu. Ada juga yang selalu terkena dan memohon agar wanita itu mendedahkan peniaga tersebut.
Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya peniaga tidak mengambil kesempatan dan meniaga sebegini. Hal tersebut turut boleh menjejaskan perniagaan mereka dalam jangka waktu yang lama.
Semoga hal ini menjadi pengajaran buat peniaga lain untuk tidak melakukan perkara sebegini.
Kredit: TikTok ladylyn6972
Baca Juga: Gara-Gara Mengidam Nasi Lemak Kantin Sekolah, Suami Pun Gigih Saja Melayan