Lauk ayam butter sangat digemari ramai. Oleh itu, ramai peniaga yang mampu mencari rezeki dan mendapat untung kerana menjualnya. Namun ada segelintir peniaga yang meniaga ala kadar dan tidak tahu cara memasaknya. Akhir sekali ia merosakkan hidangan tersebut dan pelanggan juga akan berasa kecewa dengan makanan yang dibeli.
Perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi dan peniaga serta tukang masak perlulah mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan hidangan tersebut. Ini kerana ia juga akan menjejaskan nama baik dan imej kedai makan tersebut.
Terbaru, seorang wanita telah mengunjungi sebuah restoran untuk me ncuba hidangan di sana. Namun, nasi ayam butter yang telah dipesan amatlah mengecewakan kerana rasa seperti gula.
Berkongsi di laman TikTok menerusi akaunnya, ommofoodie, dia hanya mampu memberi hidangan tersebut rating satu bintang daripada sepuluh kerana tidak mampu menghabiskannya.
Dengan harga RM9, wanita itu berasakan ia sangat tidak berbaloi kerana kuah hidangan itu terlalu cair dan terlalu manis, sama seperti gula. Walaupun lapar, dia tidak mampu untuk makannya. Namun nasi goreng yang telah dipesan oleh kawannya masih lagi boleh diterima dengan harga RM11. Walaupun begitu, ia tetap merupakan pengalaman yang kurang menyenangkan buat mereka di restoran itu.
@ommofoodie Tengah lapar terus spoil mood tak tertelan 🥲 #foodiemalaysia #makanlokal #foodiemy
@ommofoodie Tengah lapar terus spoil mood tak tertelan 🥲 #foodiemalaysia #makanlokal #foodiemy ♬ original sound – 🌟
Menjengah di ruangan komen, warganet turut terkejut melihat rupa nasi ayam tersebut. Dengan harga yang mahal, ia kelihatan kurang menyelerakan dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
Walaupun hidangan nasi ayam butter ini sangat disukai, namun peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan dan memasaknya ala kadar. Kalau seperti ini yang pelanggan dapat, memang patutlah mereka marah. Semoga hal ini menjadi pengajaran buat peniaga lain juga untuk tidak mengulangi perkara sebegini.
Kredit: TikTok ommofoodie
Baca Juga: “Dah Macam Kambing..”, Makan Lauk Serba Sayur Gara-Gara Terikut Dengan Lifestyle Kawan