Sakit ulser mulut atau juga dikenali dengan mata ikan merupakan sesuatu yang akan dialami semua orang. Hal ini terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut. Walaupun ia tidak mendatangkan risiko yang tinggi pada kesihatan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami sakit ulser mulut. Antaranya adalah jangkitan, pengambilan ubat-ubatan, bakteria, infeksi kulat dan banyak lagi. Selain boleh dirawat dengan ubat yang dijual di farmasi, terdapat beberapa bahan dapur yang boleh digunakan untuk melegakan sakit ulser mulut.
Nota: Pastikan anda menggunakan madu lebah asli untuk mendapatkan khasiat dan manfaatnya. Madu asli bersifat antibakteria.
Untuk merawat sakit ulser mulut, anda boleh amalkan petua ini. Ini kerana kunyit dan madu lebah asli mempunyai khasiat dan bersifat antibakteria, mampu melegakan kesakitan itu.
Selain mengamalkan petua ini, anda juga perlu menggunakan berus gigi yang lembut dan halus semasa menggosok gigi, banyakkan meminum air kosong dan cuba elakkan makan makanan pedas, berempah,. berasid seperti limau atau oren dan keras seperti kacang atau keropok. Ini supaya sakit ulser tidak berterusan.
Semoga petua ini membantu.
Kredit: Iza Abu Bakar
Baca Juga: Bising Suami Selalu Tidur Berdengkur? Cuba Minuman Ini. 4 Kali Minum Je, Terus Hilang!