Bagi mereka yang melakukan kesalahan, tentunya mereka berhadapan dengan tindakan undang-undang bila ditangkap oleh pihak berkuasa. Sementara menunggu kes mereka disiasat dan dibicarakan di mahkamah, mereka akan dibawa ke penjara.
Walaupun merupakan banduan, mereka tetap manusia yang perlu dilayan dengan baik dan penuh keperimanusiaan. Kesalahan lepas mereka tidak melayakkan kita untuk menghukum dan mencaci mereka. Sebaliknya perlu diberi layanan yang elok supaya mereka terdetik untuk munasabah diri dan menyedari kesalahan yang dilakukan.
Baru-baru ini, viral di laman TikTok mengenai video yang memaparkan tangan seorang lelaki yang dipercayai seorang banduan digari tapi sempat lagi makan bersama anggota polis dan menerima layanan yang baik. Ia telah dimuat naik oleh jantanraspoldababel_id.
Walaupun dikelilingi oleh anggota polis yang lain, lelaki yang disyaki sebagai seorang banduan itu kelihatan selesa dan sangat berselera menikmati hidangan ayam penyet bersama mereka.
Dipercayai lelaki itu telah ditahan oleh beberapa anggota polis daripada Unit Siasatan Jenayah Bangka Belitung, Indonesia kerana telah melakukan kesalahan.
@jatanraspoldababel_id #fypシ゚viral #fypシ #fyp #bangkabelitung #pangkalpinang #jatanraspoldababel #satgaspapajarangpulang
@jatanraspoldababel_id #fypシ゚viral #fypシ #fyp #bangkabelitung #pangkalpinang #jatanraspoldababel #satgaspapajarangpulang ♬ original sound – alfian.praba – PUNISHER
Menjengah di ruangan komen, warganet turut memuji layanan anggota polis tersebut yang melakukan lelaki itu dengan penuh kemanusiaan. Walaupun disyaki melakukan kesalahan, mereka tidak menghinanya atau membiarkannya lapar. Malah, sempat lagi mengajak untuk makan bersama.
Setiap manusia akan melakukan kesalahan, namun ia tidak memberi kita kesempatan untuk menghukum dan menghina mereka. Walaupun berdosa, mereka juga merupakan seorang insan yang layak diperlakukan dengan baik.
Semoga sikap anggota polis tersebut boleh dijadikan contoh buat kita semua.
Kredit: TikTok jantanraspoldababel_id
Baca Juga: Tak Pasal-Pasal Kena Tanggung Malu Gara-Gara ‘Terpukau’ Dengan Design Kedai Makan