Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Ikan Siakap Goreng Rangup Minyak Cili Thai, Rasanya Sedap Tak Terkata

Ini Resepi Ikan Siakap Goreng Rangup Minyak Cili Thai, Rasanya Sedap Tak Terkata

Kategori: ,
Ikan siakap goreng rangup minyak cili thai

Ikan siakap enak dimasak dengan pelbagai cara. Rasa dan tekstur isi ikan itu yang halus dan lembut menjadikannya kegemaran ramai. Antara resepi ikan siakap yang paling terkenal adalah ikan siakap stim, ikan siakap tiga rasa dan ikan siakap tomyam.

Bagi anda yang suka dengan masakan pedas dan ala Thai pula, anda boleh cuba resepi ikan siakap goreng rangup minyak cili yang telah dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook. Mudah sahaja untuk dicuba.

Resepi Ikan Siakap Goreng Rangup Minyak Cili Thai

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • Sedikit tepung beras
  • Garam
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 helai daun limau purut (dicincang)
  • 1 batang serai sederhana (dicincang)
  • 2 cili thai
  • 1 sudu makan minyak cili
  • 3 hingga 4 sudu makan sos chili Thai
  • 1 sudu makan plum sos
  • 1/2 sudu makan pes Tomyam
  • 2 sudu makan sos cili Maggi
  • 2 sudu makan perahan air limau nipis
  • 1 sudu makan kacang tumbuk
  • 1/2 sudu makan gula somtam warna kucing
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Lobak merah
  • Timun

Cara Penyediaan

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih dan lumurkan dengan sedikit tepung beras dan garam. Panaskan minyak masak dan goreng ikan tersebut sehingga rangup.
  2. Sediakan bahan-bahan cincang sementara dan kemudian campurkan dengan minyak cili, sos chili thai, plum sos, pes tomyam, sos cili, perahan air limau nipis, kacang tumbuk dan gula somtam. Ikan siakap goreng rangup minyak cili thai Ikan siakap goreng rangup minyak cili thai
  3. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  4. Kemudian, curahkan atas ikan yang telah siap digoreng.
  5. Parut tebal timun batang dan parut halus lobak merah.Ikan siakap goreng rangup minyak cili thai Ikan siakap goreng rangup minyak cili thai
  6. Siap untuk dihidang.

Nampak sangat menyelerakan! Bagi penggemar masakan Thai, anda perlu cuba resepi ikan siakap goreng rangup minyak cili thai ini. Semuanya secukup rasa, enak dimakan bersama keluarga.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Ben Safwan

Baca Juga: Resepi Sotong Phat Phet Thai Yang Mudah & Sedap

tags: | |