Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tong Gas Tiba-Tiba Sahaja Terbakar Di Sebuah Gerai Makan, Ramai Mohon Peniaga Di Luar Sana Untuk Lebih Berhati-Hati

Tong Gas Tiba-Tiba Sahaja Terbakar Di Sebuah Gerai Makan, Ramai Mohon Peniaga Di Luar Sana Untuk Lebih Berhati-Hati

Kategori:
tong gas

Sebagai seorang pemilik kedai makan, peniaga memainkan peranan yang penting bagi memastikan kedai dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang elok. Hal ini dapat mengelakkan dari terjadinya sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Namun begitu, ada kalanya perkara tersebut akan terjadi walaupun beberapa langkah telah diambil oleh peniaga untuk mencuba sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Ini kerana ia juga membahayakan nyawa mereka, pekerja dan pelanggan yang ada ketika itu.

Tong Gas Tiba-Tiba Sahaja Terbakar

Terbaru, situasi cemas di kedai makan telah berjaya di rakam oleh seorang pengguna TikTok, mazlanynwa, apabila dipercayai sebuah tong gas yang mengalami kerosakan tiba-tiba meletup dan menyebabkan kebakaran di sebuah gerai makan di tepi jalan. tong gas

Lokasi gerai makan tersebut dipercayai berada berdekatan di Lapangan Terbang Langkawi dan keadaan gerai itu kelihatan bersepah dengan api masih lagi marak. Walaupun begitu, tiada kecederaan telah dilaporkan oleh mana-mana pihak. tong gas

Dalam keadaan yang cemas itu, pihak bomba telah dihubungi dan tiba ke lokasi tersebut bagi memadam api pada tong gas itu.

@mazlanynwa baru nak makan, udah terbakaq tong gas. #laksaikansekoq ♬ original sound – Mazlan Omar

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa gerun menyaksikan kejadian tersebut. Mereka turut menasihatkan agar peniaga dan orang lain untuk lebih cakna mengenai faktor keselamatan dan tahu cara menguruskan kebakaran sebegitu.

Kena Tahu Cara Uruskan Kebakaran tong gas tong gas

Kemalangan sebegitu tidak diminta kerana ia boleh membahayakan banyak pihak. Nasib baik tiada orang yang tercedera dari kemalangan itu. Semoga peniaga tabah menghadapi perkara tersebut dan lebih berhati-hati supaya ia tidak lagi terjadi. Selalu memastikan peralatan dan kedai berada dalam keadaan yang elok dan selamat.

Kredit: TikTok mazlanynwa

Baca Juga: “Kejap Saya Nak Doa..”, Lelaki Hulur Bantuan Didoa Panjang Oleh Pakcik OKU Jual Kacang Undang Sebak Ramai 

tags: | |