Siapa sahaja yang suka menunggu makanan sehingga berjam-jam? Hal itu akan membuat mana-mana pelanggan berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan kedai makan tersebut. Akhir sekali mereka tidak akan kembali ke sana dan perkara itu akan menjejaskan perniagaan peniaga itu.
Hal sebegitu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman TikTok, tiktok_tido91, yang telah memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa kecewanya dengan perkhidmatan sebuah kedai makan yang baru sahaja dikunjunginya.
Menunggu makanan selama 2 jam, hanya minuman sahaja yang sampai di meja individu itu. Namun, ia hampir sahaja dihabiskan oleh kerana dia telah menunggu terlalu lama. Bukan sahaja dirinya, malah pelanggan lain juga menunggu makanan yang dipesan. Malah ada juga kanak-kanak yang telah tertidur oleh kerana perlu menahan lapar.
Kecewa dengan perkhidmatan kedai makan itu yang terlalu lambat sehingga memaksa pelanggan menunggu begitu lama, dia turut menasihati supaya pemilik kedai makan itu lebih peka dan memantau kerja yang dilakukan oleh tukang masak. Hal itu dapat mengelakkan perkara sebegini dari berulang lagi.
https://www.tiktok.com/@tiktok_tido91/video/7069777230775258395?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@tiktok_tido91 #ownerkurangajar ♬ original sound – YouAreMine
Bila menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa kagum dengan individu itu kerana sanggup menunggu begitu lama untuk makanannya. Ini kerana mereka tidak memiliki kesabaran sebegitu dan akan terus meninggalkan kedai tersebut jika mereka berada ditempatnya.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama yang terjadi.
Jika anda merupakan seorang peniaga kedai makan, hal sebegini boleh menjejaskan imej perniagaan anda. Seharusnya pelanggan perlu dimaklumkan terlebih awal jika perlu menunggu terlalu lama. Tak adalah mereka akan berasa terlalu geram dengan perkara tersebut.
Semoga hal ini menjadi pengajaran buat para peniaga di luar sana untuk mengelakkan hal sebegitu.
Kredit: TikTok tiktok_tido91