Bila keluar bersama kawan-kawan, pelbagai hal boleh terjadi. Akhir sekali tak sengaja meletakkan diri sendiri dalam situasi yang memalukan. Tapi semua orang pernah mengalami situasi itu. Ia menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Terbaru, seorang wanita, asyashafiee, memuat naik sebuah video dan berkongsi peristiwa yang memalukan yang telah terjadi pada dirinya dan kawannya di salah satu cawangan restoran buffet ternama, Seoul Garden.
Mereka telah ke sana untuk makan bersama-sama tapi ketika sedang memasak beberapa makanan pilihan mereka, makanan tiba-tiba sahaja hangus di grill. Barangkali terlalu seronok berbual, mereka tidak menyedari perkara tersebut.
Dengan bau makanan itu yang telah kehangusan dan asap yang banyak dari meja mereka, kedua-dua wanita itu berasa malu dengan apa yang terjadi dan hanya mampu menggelakkan perkara tersebut.
@asyashafiee maaf la seoul gardenn
@asyashafieemaaf la seoul gardenn♬ original sound – LOCA B
Menjengah di ruangan komen, perkara tersebut turut berjaya menghiburkan orang ramai. Mereka turut mengusik mereka kerana perlu menanggung perasaan malu tersebut.
Namun ada juga yang menegur dan menasihatkan wanita itu untuk lebih berhati-hati dan tidak membazir makanan sebegitu.
Peristiwa sebegini menjadi sebuah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Walaupun begitu, seharusnya kita sebagai pelanggan lebih berhati-hati supaya perkara sebegini tidak terjadi lagi kerana ia boleh menyebabkan kebakaran yang boleh membahayakan nyawa.
Kredit: TikTok asyashafiee