Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli 10 Bungkus Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah, Wanita Ini Kecewa Bila Peniaga Lupa Bungkuskan Sambal

Beli 10 Bungkus Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah, Wanita Ini Kecewa Bila Peniaga Lupa Bungkuskan Sambal

Kategori:
Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, ramai ibu bapa mengambil peluang untuk meluangkan waktu dengan anak-anak dan berkelah di tepi pantai atau tempat rekreasi berdekatan. Oleh kerana tergesa-gesa untuk membuat pelbagai persiapan, mereka lebih gemar membeli bekalan berkelah. Ini bagi lebih memudahkan urusan mereka.

Namun begitu, jika makanan yang dibeli tidak menepati dengan citarasa, hal tersebut akan memotong mood perkelahan sekeluarga. Baru sahaja nak seronok tapi makanan yang dibeli pula tidak menepati. Hal sebegitu telah terjadi pada seorang wanita baru-baru ini.

Beli Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah. Tapi Peniaga Lupa Bungkuskan Sambal

Perkara itu telah dikongsikan di laman TikTok menerusi sebuah video yang telah dimuat naik oleh nadiasyida. Berkelah bersama keluarganya di sebuah pantai, wanita itu singgah ke sebuah kedai untuk membeli sepuluh bungkus nasi lemak untuk bekal berkelah keluarganya. Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah

Namun apabila tiba ke destinasi mereka, wanita itu baru sahaja ingin memeriksa makanan yang dibeli. Terkejut kerana tidak menjumpai sambal nasi lemak yang dibeli, wanita itu kecewa kerana peniaga telah lupa untuk membungkus sambal tersebut. Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah

Walaupun begitu, wanita itu tidak menyalahkan peniaga sepenuhnya kerana sedar ia juga merupakan tanggungjawabnya untuk memeriksa makanan yang dibeli sebelum beredar. Akhirnya dia akur dan menjamu nasi lemak kosong dengan begitu sahaja tanpa sebarang sambal.

https://www.tiktok.com/@nadiasyida/video/7069007366926159130?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@nadiasyida Jom sis bantu urusan jual beli rumah anda ☎️0137000911.#nadiasyida #perundinghartanah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah di ruangan komen video itu, orang ramai juga cuba memujuk wanita itu untuk tidak bersedih dan barangkali ada sebabnya hal tersebut terjadi.

Sekali Sekala Makan Nasi Kosong Pun Tak Apa.. Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah

Sebagai seorang peniaga, mereka tidak seharusnya lalai dengan perkara sebegini. Pelanggan telah membayar makanan yang dibeli dan bayangkan kekecewaan mereka apabila peniaga melakukan kesilapan seperti ini. Semoga hal ini menjadi pengajaran

Kredit: TikTok nadiasyida

Baca Juga: Banjir Di Hulu Terengganu Putuskan Bekalan Makanan, Pakcik Ini Terpaksa Berlapar Sambil Tunggu Bantuan Makanan Dari Pihak Luar

tags: | |