Memandangkan harga barangan dapur semakin meningkat dan belum menurun, hal itu telah menjejaskan ramai pihak. Bukan sahaja daging lembu, ayam dan sayur-sayuran, harga makanan laut turut mengalami peningkatan.
Oleh itu, orang ramai mencari alternatif lain supaya dapat menjimatkan perbelanjaan barang dapur. Malah peniaga kedai makan juga terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan perbelanjaan yang terlalu besar. Walaupun begitu, hal itu juga akan mengundangkan rasa tidak puas hati di kalangan pelanggan yang akan berasa seperti ditipu oleh peniaga.
Terbaru, seorang wanita, njhahnrhaizt, memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa kecewanya dengan seorang peniaga yang telah menggunakan sotong frozen dalam hidangan yang telah dipesan olehnya.
Mengunjungi ke sana untuk makan, wanita itu telah memesan hidangan yang dipercayai sotong goreng padprik bersama nasi putih. Namun apabila hidangannya tiba, wanita itu terus berasa kecewa melihat sotong frozen yang telah digunakan.
Membayar harga yang mahal untuk hidangannya, wanita itu menyangka bahawa peniaga akan jujur dan menggunakan sotong segar yang dibeli dari nelayan tempatan tapi lain pula dari sangkaannya.
Tambahnya lagi, hal ini amat memutuskan seleranya dan dia juga tiada mood untuk menikmati hidangan tersebut. Dah lah mahal, selepas itu peniaga boleh lagi menggunakan sotong frozen, wanita itu betul-betul berasa tidak berpuas hati dengan hal tersebut.
@njhahnrhaizt Mood nak makan terus hilang 😅 #sotongfrozen #fyp
@njhahnrhaizt Mood nak makan terus hilang 😅 #sotongfrozen #fyp ♬ Oh No – Kreepa
Walaupun ada sebabnya peniaga berbuat begitu, namun hal itu perlulah dimaklumkan pada pelanggan terlebih dahulu. Malah jika menggunakan bahan yang lebih murah, peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang terlampau mahal. Hal itu akan membuat pelanggan berasa tertipu. Semoga hal ini akan menjadi pengajaran buat semua peniaga di luar sana.
Kredit: TikTok njhahnrhaizt