Para peniaga perlu berhati-hati ketika meniaga, terutamanya buat mereka yang menjual makanan pada orang ramai. Selain menjaga kebersihan dan kualiti makanan, para peniaga juga tidak seharusnya mengambil kesempatan dan menipu pelanggan.
Jika berbuat begitu, hal tersebut bukan sahaja akan mengecewakan pelanggan, tapi juga akan menjejaskan imej dan perniagaan dalam masa akan datang. Bila minta yang lain tapi dapat pula yang lain, siapa sahaja yang tak berasa kecewa, kan? Hal tersebut telah terjadi pada seorang wanita dan dikongsikan di laman TikTok.
Menerusi akaunnya, sheerarazali, berkongsi peristiwa yang sungguh mengecewakan apabila membeli beberapa biji karipap sardin dari sebuah kedai baru-baru ini.
Berada dalam kereta bersama suami, sudah tentu wanita itu ingin membeli makanan untuk dijadikan kudapan. Berhenti di sebuah kedai untuk membeli karipap sardin, wanita itu bertanya dahulu pada peniaga sebelum membeli. Peniaga itu pula mengiyakan bahawa karipap tersebut merupakan karipap sardin.
Tapi bila dicuba, mereka terkejut apabila mendapati karipap itu berinti bawang, tiada sebarang sardin digunakan. Kecewa dengan peniaga, wanita itu berharap agar peniaga itu tidak berbuat begitu pada orang lain dan meniaga secara lebih jujur.
@sheerarazali Tak baik buat macam ni.. kan bagus kalau jujur karipap apa 😭 #karipapbawang #gengbawang ♬ Originalton – just kimbrly
Mungkin apa yang terjadi adalah merupakan kesalahan yang tidak disengajakan oleh peniaga. Walau apapun, semoga hal ini menjadi sebagai sebuah pengajaran buat peniaga di luar sana untuk berhati-hati dan jujur apabila berurusan dengan pelanggan.
Kredit: TikTok sheerarazali
Baca Juga: Wanita Diejek Ketika Makan Di Restoran Sebab Guna Tali Safety Bila Keluar Dengan Anak