Menguruskan sebuah kedai makan bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan. Selain memastikan makanan dan perkhidmatan yang diberi berada dalam keadaan yang baik, peniaga juga perlu menitikberatkan keselamatan premis supaya tidak berlakunya hal yang tidak diingini.
Namun begitu, adakalanya hal yang tidak diduga akan berlaku. Berlaku kerosakkan, jika tidak bersiap sedia, ia boleh menyebabkan kerugian besar bagi pihak peniaga.
Terbaru, seorang peniaga berkongsi detik cemas yang terjadi di kedai makan milknya. Memuat naik video itu di laman TikTok menerusi akaunnya, humairahbananaleafrestau, peniaga itu ke sana bagi menguruskan kedai makan miliknya namun tanpa diduga, paip yang pecah telah menyebabkan berlakunya banjir kecil di kedai itu.
Tak cukup dengan itu, arus deras juga menolak beberapa buah meja dan kerusi dan menyebabkan lantai di situ terpecah. Walaupun begitu, tiada kecederaan dilaporkan. Setelah keadaan mula reda, pekerja-pekerja di sana terus membersihkan keadai makan.
Walaupun kejadiaan itu menjadi peristiwa hitam buat dirinya, peniaga tersebut redha dengan dugaan tersebut dan gigih lagi untuk meneruskan perniagaannya. Berlaku pada jam 6 petang semalam, kerja-kerja penyelenggaran sedang dilakukan untuk membaik pulih kedai tersebut.
@humairahbananaleafrestau Dugaan 🥲 #fyp ♬ original sound – Fadhli – TuanFadhli
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang terjadi serta mendoakan agar peniaga itu tabah menghadapi cabaran tersebut.
Tiada sesiapa yang meminta perkara sebegitu terjadi. Walaupun terpaksa rugi dan kedai mengalami kerosakan, nasib baik tiada siapa yang tercedera ekoran kejadian tersebut. Semoga peristiwa ini menjadi peringatan buat kita semua untuk sentiasa berjaga-jaga.
Kredit: TikTok humairahbananaleafrestau
Baca Juga: “Tak Baik Buat Macam Ni..”, Wanita Beli Karipap Sardin Tapi Ini Pula Yang Dapat