Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Kuey Teow Sup Ala Kopitiam. Bahan Mudah Didapati, Jom Cuba

Ini Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Kuey Teow Sup Ala Kopitiam. Bahan Mudah Didapati, Jom Cuba

Kategori:
KUEY TEOW SUP ALA KOPITIAM

Restoran kopitiam sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia. Enak untuk bersarapan pagi, ia menghidangkan pelbagai hidangan simple tapi sedap seperti roti bakar, telur rebus, mi kari dan sebagainya. Selain itu, aneka mi di sana turut menjadi kesukaan.

Kuey teow sup ala kopitiam juga sangat digemari. Jika anda ingin mencuba resepi yang mudah, cubalah resepi Kuey teow sup ala kopitiam yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Zee di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.

Kuey Teow Sup Ala Kopitiam

Bahan-Bahan

  • 2 labu bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 ketul dada ayam
  • 2 kiub pati ayam
  • Kek ikan
  • Bebola ikan
  • Minyak bijan (dapatkan di sini)
  • Air
  • Sedikit garam
  • 1 paket kuey teow
  • Sawi pak choy (direbus)
  • Cili padi (dipotong)
  • Kicap manis atau masin KUEY TEOW SUP ALA KOPITIAM

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga keperangan. Ketepikan.
  2. Kuey teow dicuci dan dibilas dengan air panas untuk buangkan minyak yang melekat pada mi.
  3. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan. Masukkan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. Titiskan mnyak bijan. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga mendidih. Siap!
  4. Sementara itu, ayam yang direbus tadi di carik-carik.
  5. Sediakan cili padi yang telah dipotong bersama kicap sebagai penambah rasa dan selera.
  6. Boleh ditambah juga minyak bawang putih. KUEY TEOW SUP ALA KOPITIAM KUEY TEOW SUP ALA KOPITIAM

Hidangan ini memang ringkas dan sedap. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati jadi anda boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah. Bagi penggemar hidangan mi dan sup, bolehlah cuba resepi kuey teow sup ala kopitiam ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Cik Puan Zee via MAHN

Baca Juga: Cara Buat Golden Fried Rice Ala Dolly Dimsum Yang Sedap & Mudah, Jom Cuba Sekarang!

tags: | |