Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berlendir Sangat!”, Wanita Geli Bila Peniaga Guna Bekas Kotor & Hitam, Mohon Peniaga Untuk Jaga Kebersihan

“Berlendir Sangat!”, Wanita Geli Bila Peniaga Guna Bekas Kotor & Hitam, Mohon Peniaga Untuk Jaga Kebersihan

Kategori:
peniaga guna bekas kotor

Faktor kebersihan perlu sentiasa dititikberatkan oleh semua peniaga, terutamanya bagi pengusaha kedai makan. Ini kerana pelanggan tentu akan berasa tidak selesa jika peralatan dan makanan yang disediakan berada dalam keadaan kotor. Hal itu juga boleh mengundang sakit yang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Namun begitu, ada juga peniaga yang tidak prihatin dengan kebersihan. Walaupun sudah jelas tidak bersih, mereka masih lagi memandang hal itu sambil lewa. Perkara itu boleh membuat pelanggan berasa berang.

Peniaga Guna Bekas Kotor & Berlendir, Wanita Ini Geli

Terbaru, seorang wanita, aisyyahdaud07 telah berkongsi pengalaman menjijikkan apabila dia telah mengunjungi sebuah restoran untuk makan bersama keluarga. Berlaku di Melaka, dia ke sana untuk menikmati beberapa hidangan termasuk kelapa jelly tapi terkejut apabila melihat kebersihan restoran itu.

Kelapa jelly yang telah dipesan diletakkan di dalam sebuah bakul kecil untuk dihantar pada mereka namun wanita itu berasa geli apabila bekas itu berada dalam keadaan kotor dan berlendir seperti tidak dicuci. peniaga guna bekas kotor

Kecewa dengan hal tersebut, dia turut tertanya mengapa peniaga itu tidak menggantikan bekas itu dengan yang baharu memandangkan bekas itu boleh didapatkan dengan harga yang murah. Selain itu, dia mohon agar peniaga tersebut lebih cakna dengan kebersihan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan kelalaian peniaga itu. Sangat kotor, ada juga yang berasakan hal tersebut perlu dilaporkan pada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap peniaga sebegini.

Geli Sangat.. peniaga guna bekas kotor peniaga guna bekas kotor

Siapa sahaja yang akan berasa geli bila melihat perkara tersebut. Sangat jijik, para peniaga seharusnya mementingkan kebersihan dari semua aspek supaya tidak berlaku sebarang keracunan makanan.

Kredit: TikTok aisyyahdaud07

Baca Juga: “Balik Modal Jugak Ni..”, Wanita Pergi Kenduri Dapat Doorgift Terpaling Function

tags: | |