Jeli kelapa selalu dijual di pasar malam. Pencuci mulut itu sangat terkenal di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Bila cuaca panas dan matahari masih lagi lagi terpacak, jeli kelapa sering menjadi pilihan untuk menyejukkan badan. Lebih enak jika ianya jeli kelapa muda!
Namun sekarang ini, jeli kelapa muda agak susah ditemui. Jika anda sudah penat mencarinya, bolehlah cuba menyediakannya sendiri di rumah dengan mengikuti resepi jeli kelapa muda yang telah dikongsikan oleh Zue Baidah Zue di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Jeli kelapa muda yang menjadi kesukaan ramai ini dah siap. Bagi anda yang mempunyai pokok kelapa di kawasan rumah dan boleh mendapatkan buah kelapa dengan mudah, perlu cuba resepi ini. Sediakan banyak-banyak dan simpan di peti ais, bila nak makan boleh sahaja dapatkan.
Selamat mencuba!
Kredit: Zue Baidah Zue via MAHN
Baca Juga: Resepi Rahsia Puding Mangga Susu Yang Mudah Dan Sedap! Sekali Makan Nak Lagi