Oleh kerana peningkatan barangan mentah, orang ramai mencari alternatif lain untuk berjimat-cermat. Memandangkan harga makanan laut seperti sotong juga meningkat, pengguna kini beralih kepada sotong frozen yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang segar.
Namun begitu, ada juga yang tidak suka memakannya. Ini kerana isi sotong frozen dikatakan lebih kenyal berbanding sotong segar. Malah ada juga dakwaan dari pihak lain bahawa sotong frozen itu mengandungi kandungan daging babi. Hal itu telah menyebabkan pengguna berasa risau dan terus boikot produk tersebut sekaligus menjejaskan pengeluar dan stokis sotong frozen.
Oleh kerana khabar angin yang tular di media sosial mengenai kandungan daging babi di dalam sotong frozen, seorang wanita terpaksa menghadapi kerugian yang besar.
Mencari rezeki dengan menjual produk tersebut, wanita itu sebak apabila mendapati stok yang dibeli untuk dijual semula pada pelanggan tidak mendatangkan hasil memandangkan orang ramai makin ragu-ragu untuk membeli sotong frozen. Akibat dari khabar angin tersebut, peniaga itu terpaksa menghadapi kerugian.
@iela_manila #suri rumah 😭😭😭gara² virel diperbuat Dari khinzir…Stok tak jalan😭😭
@iela_manila #suri ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut bersimpati dengan situasi peniaga tersebut dan memberi kata-kata semangat buat dirinya. Mungkin diuji, mereka harap dia terus tabah menghadapi cabaran ini.
Jelas khabar angin tersebut akan menjejaskan ramai pihak. Sebagai seorang pengguna yang bijak, janganlah kita cepat percaya pada dakwaan sebegini jika tiada bukti yang kukuh.
Kredit: TikTok iela_manila
Baca Juga: “Harap Tak Salah Kiralah..”, Lelaki Ini Terhibur Dengan Adik Kecil Ini Yang Pandai Meniaga