Sudu dan garfu perlu dibawa ke mana-mana. Lebih-lebih lagi kini di mana virus Covid-19 mudah dijangkiti, orang ramai digalakkan membawa sudu dan garfu dari rumah bagi mengelakkan hal tersebut. Malah ada juga segelintir kedai makan yang tidak menyediakan sudu dan garfu bagi mengawal penularan wabak itu.
Walaupun orang Malaysia lebih selesa menggunakan tangan ketika makan memandangkan ia sebahagian dari adat dan budaya, sesetengah hidangan memerlukan penggunaan sudu dan garfu itu. Namun bila tiada kedua-duanya, orang ramai perlu mencari cara lain untuk menikmati makanan.
Sepertimana yang telah dilakukan oleh seorang lelaki baru-baru ini yang buntu seketika apabila nasi goreng yang telah dipesan dari sebuah restoran tidak mempunyai sebarang sudu dan garfu.
Tidak dibawa juga olehnya, lelaki tersebut mencuba cara ‘kreatif’ pula untuk menikmati hidangan yang dibeli. Menggunakan kad lesen memandu milik isteri yang sudah luput, lelaki itu terpaksa makan pakai ‘muka’ isteri.
@cimonmf Lain kali bawak la sudu kemana2 🤣 #ditaja #fyp ♬ original sound – Muhd Faiz
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah ada juga hairan mengapa lelaki itu tidak menggunakan tangan sahaja seperti selalunya.
Namun ada juga yang berasa geli melihat video yang telah dikongsikan. Risau kad itu sudah tercemar dengan pelbagai kuman dan bakteria, tindakan lelaki itu boleh mengundang sakit perut jika tidak berhati-hati.
Walaupun perkara itu membuat sesiapa sahaja geli perut bila melihat, namun janganlah semata-mata content kita menjejaskan kesihatan. Kalau tertinggal sudu dan garfu sekalipun, janganlah sampai menggunakan kad-kad untuk menyuap makanan.
Kredit: TikTok cimonmf