Burger merupakan hidangan segera yang disukai ramai. Bukan sahaja boleh didapati di restoran ternama, ia juga dijual oleh peniaga kecil dengan harga yang sangat murah. Malah, ramai yang gemar menikmatinya pada waktu malam.
Walaupun begitu, masih ramai diantara peniaga yang hanya meniaga burger semata-mata untuk mendapatkan untung. Dengan modal yang tidak terlalu banyak, bahan-bahan juga disediakan secara lewa. Kadang-kadang pelanggan juga keliru melihat apa yang ditemui dalam burger yang dibeli mereka.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman yang mengelirukan setelah membeli sebiji burger dari seorang peniaga kecil. Lapar dan ingin menikmatinya, lelaki itu cepat-cepat pulang ke rumah untuk makan apa yang dibeli.
Namun ketika membuka bungkusan burger yang dibeli dan meneliti dengan elok, dia tersedar ada sesuatu yang aneh. Membelek-belek burger itu dan akhirnya lelaki itu terjumpa bawang yang telah dipotong secara kasar. Seperti hendak memberi sebiji bawang untuk dimakan, lelaki itu membuatnya berasa ingin memukul peniaga tersebut.
https://www.tiktok.com/@azmsiblings/video/7072738992957050139?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@azmsiblings #fyp #kalauakuhempokknyawakau #ditaja ♬ kalau aku hempokk nyawa kau – tembikaiwater
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok itu, orang ramai pula terhibur dengan perkara itu. Mengusik lelaki itu, ada juga yang merasakan bahawa peniaga itu merupakan seorang yang pemurah.
Mungkin kerana tergesa-gesa ingin membuka perniagaannya pada hari tersebut, peniaga itu tidak sempat untuk memotong bawang dengan seeloknya. Akhirnya lelaki itu pula terkena.
Walau apapun, seharusnya peniaga memeriksa hal sebegini dengan elok. Pastikan bahan-bahan disediakan dengan elok supaya pelanggan akan sentiasa berpuas hati.
Kredit: TikTok azmsiblings