Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Tukang Buat Roti Canai Lambat, Akhirnya Suami Wanita Ini Sendiri Terpaksa Ke Dapur

Gara-Gara Tukang Buat Roti Canai Lambat, Akhirnya Suami Wanita Ini Sendiri Terpaksa Ke Dapur

Kategori:
TUKANG BUAT ROTI CANAI LAMBAT

Jarang sangat ada pelanggan yang suka menunggu makanan mereka. Jika hanya beberapa minit sahaja tak mengapa, tapi jika mengambil masa lebih dari satu jam, hal itu boleh membuat sesiapa sahaja bermasam muka. Lebih-lebih lagi jika ada mereka yang sangat teringin untuk makan, memang tak sanggup menunggu begitu lama.

Walaupun begitu, kadang-kadang peniaga juga tersempit dengan kekurangan pekerja dan bahan di dapur. Hal itu menyebabkan perkhidmatan mereka menjadi perlahan dari selalu. Namun jika kelaparan dan tak tahan, ada juga segelintir pelanggan yang akan bertindak di luar kotak dan sendiri ke dapur.

Tukang Buat Roti Canai Lambat, Akhirnya Suami Sendiri Terpaksa..

Teringin menikmati beberapa keping roti canai di sebuah kedai kecil berdekatan, seorang wanita bersama keluarganya telah ke sana untuk sarapan pagi. Namun oleh kerana tukang buat roti canai lambat dan mereka telah menunggu terlalu lama, wanita itu terkejut bila suaminya tiba-tiba sahaja menuju ke dapur. TUKANG BUAT ROTI CANAI LAMBAT

Meminta izin dengan pemilik kedai yang sempoi, wanita itu terhibur apabila melihat suaminya sedang gigih menyediakan beberapa keping roti canai buat mereka sekeluarga. Bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang serba boleh, mereka kelihatan berselera menikmati roti canai itu. TUKANG BUAT ROTI CANAI LAMBAT

@nisanufailAlhamdulilah suami serba bole🤣

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Bila menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut kagum melihat bakat tersembunyi suami wanita itu. Mampu menyediakan roti canai dengan begitu mahir sekali, nasib baik pelanggan lain juga tidak memesannya. Kalau tak mana sempat untuk makan bersama keluarga.

Hebat Betul Suami Dia.. TUKANG BUAT ROTI CANAI LAMBAT

Kalau dah menunggu terlalu lama, memang akan ada segelintir pelanggan yang sendiri akan ke dapur untuk masak sendiri buat dirinya. Tak bergaduh dengan peniaga, berbincang dengan elok dan peniaga itu pun memberi kebenaran.

Kredit: TikTok nisanufail

Baca Juga: “Maafkan Saya Pakcik..”, Hujan Lebat Tanpa Henti Buat Wanita Ini Berasa Sebak Melihat Rider Ini..

tags: |