Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป “Nak Marah, Orangnya Pekak..”, Peniaga Burger Buntu Kena Sound Dengan Pelanggan OKU Rupa-Rupanya Nak..

“Nak Marah, Orangnya Pekak..”, Peniaga Burger Buntu Kena Sound Dengan Pelanggan OKU Rupa-Rupanya Nak..

Kategori:
peniaga burger dimarah

Dalam masyarakat kita, kita akan temui pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis sikap dan ragam. Ada yang cepat melenting, ada yang penyabar dan pelbagai lagi karenah lain yang kadangkala membuatkan diri kita hilang sabar. Walapun begitu, tetaplah bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan berbekalkan kecekalan dan ketabahan yang luar biasa.

Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan insan istimewa atau Orang Kelainan Upaya (OKU). Wujudnya mereka ini dalam kehidupan kita bukanlah untuk kita mempersendakan golongan mereka ini, tetaplah hormati mereka dan jangan sesekali merasa yang mereka ini susahkan kita.

Peniaga burger buntu apabila baca nota lelaki pekak dan bisu

Berkenaan dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini, ada sebuah kisah yang agak mengelirukan berlaku kepada tashot. Tashot sempat berkongsi satu kejadian saat dia di sound oleh Orang Kelainan Upaya iaitu pekak dan bisu saat menjual burger. Perkongsian tersebut dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan sekeping kertas atau nota yang bertulis “Awak faham? Burger tak ada daging ‘lembu’. Nota tersebut telah diberikan oleh seorang lelaki yang pekak dan bisu. Pada mulanya, Tashot menyangka pelanggan tersebut memarahinya. Walaubagaimanapun, Tashot tetap buntu dengan situasi tersebut kerana tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh pelanggan berkenaan. Sama ada dia mahu burger tanpa daging atau macam mana.

Menurut Tashot, biasanya pelanggan OKU tersebut akan tunjuk gambar burger setiap kali ingin membuat pesanan. Namun kali ini secara tiba-tiba dia diberikan nota sedemikian rupa, kelihatan seperti marah. Jika dalam bahasa kita yang biasa, pasti kita menyangka bahawa pelanggan tersebut dah sound. Melihat nota tersebut, warganet juga turut buntu.

https://www.tiktok.com/@tashot_1/video/7073776444903673115?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@tashot_1Biasa dia nak order burger, dia tunjuk gambar burger. Kalau dia nak order rotijohn dia tunjuk rotijohn. Ini tahu tahu kena sound macam ni apa kes ni๐Ÿ˜‚ nak marah, orangnya pekak. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚โ™ฌ Life of the Party – ๐“š๐“ช๐“ฝ๐“ฎ๐“ต๐”‚๐“ท

Namun rupa-rupanya pelanggan tersebut mahu membeli burger daging. Hal tersebut telah dikongsikan oleh Tashot menerusi video lain. Dari video kedua ini, dapat dilihat lelaki berkenaan sedang menikmati burger tersebut.

https://www.tiktok.com/@tashot_1/video/7074446652211203354?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@tashot_1Rupanya dia nak burger daging!!๐Ÿ˜Ž Thank you warga tiktok.

โ™ฌ suara asli – Fajarr`

Semoga kisah yang dikongsikan oleh Tashot ini dapat membuka mata kita semua. Layanilah mereka yang Kelainan Upaya ini dengan baik kerana mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sama seperti dengan manusia normal yang lain.

Kredit: Tashotย 

Baca juga:ย  โ€œNiaga Macam Kita Nak Makan..โ€, Wanita Kecewa Beli Karipap Tapi Inti Semua Hangit. Ramai Warganet Tak Puas Hati!

tags: | | |