Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nasi Lemak Malaysia Hanya Raih 3.9 Bintang, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Nasi Lemak Malaysia Hanya Raih 3.9 Bintang, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Kategori:
NASI LEMAK MALAYSIA

Nasi lemak menjadi hidangan kebanggaan rakyat Malaysia. Mudah didapati di mana-mana negeri dan menjadi hidangan pilihan tak mengira waktu, semestinya ia merupakan hidangan ikonik yang berjaya menawan hati semua yang telah mencubanya.

Oleh kerana mendapat sambutan yang begitu baik dan tempat di hati rakyat, Nasi Lemak sememangnya antara hidangan Malaysia yang diagung-agungkan sehingga mereka di luar negara turut mengenalinya. Walaupun enak, ada juga beberapa individu yang tidak akan menggemarinya. Mungkin tidak kena dengan citarasa, hal itu membuat ramai rakyat Malaysia berasa terkejut. NASI LEMAK MALAYSIA

Nasi Lemak Malaysia Hanya Raih 3.9 Bintang

Terbaru, TasteAtlas telah mendedahkan ranking hidangan terbaik dari beberapa negara Asia Tenggara untuk dicuba ramai. Mempunyai empat kategori, berikut merupakan senarai kategori yang telah ditetapkan oleh page tersebut:

  • 4.5 bintang untuk hidangan terbaik
  • 4.0 bintang untuk hidangan hebat
  • 3.9 bintang untuk hidangan okey
  • 3.5 bintang untuk hidangan teruk

Jika dilihat, hidangan seperti Lumpiang Shanghai, Tortang Talong dari Filipna dan Bubur Ayam dari Indonesia meraih 4.5 bintang. Manakala hidangan Malaysia iaitu Nasi Lemak hanya mendapat 3.5 bintang.

NASI LEMAK MALAYSIA

Namun ranking tersebut membuat ramai orang berasa tidak berpuas hati. Ini kerana hidangan Nasi Lemak Malaysia sangat dikenali jadi ramai yang merasakan bahawa ranking itu tidak adil dan tak munasabah.

Orang Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati NASI LEMAK MALAYSIA NASI LEMAK MALAYSIA

Walaupun TasteAtlas menjelaskan bahawa ranking tersebut merupakan undian orang ramai, masih ada yang berasakan hal itu tidak masuk akal memandangkan Nasi Lemak merupakan hidangan yang begitu dikenali dan bukan sahaja kesukaan rakyat Malaysia malah mereka di negara lain.

Sememangnya orang ramai berasa ‘terhina’ dengan ranking tersebut apabila mengetahui bahawa Nasi Lemak Malaysia hanya mampu meraih 3.9 bintang. Tapi tak memerlukan apa jua ranking, Nasi Lemak sememangnya hidangan enak dan terbaik untuk dinikmati.

Kredit: TasteAtlas Facebook

Baca Juga: “Nak Marah, Orangnya Pekak..”, Peniaga Burger Buntu Kena Sound Dengan Pelanggan OKU Rupa-Rupanya Nak..

tags: |