Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Asam Pedas Keladi, Simple & Pedas. Paling Penting Tak Gatal Bila Makan

Ini Resepi Asam Pedas Keladi, Simple & Pedas. Paling Penting Tak Gatal Bila Makan

Kategori: ,
asam pedas keladi

Pokok keladi ditanam di laman rumah. Oleh itu, orang dahulu sering menggunakannya dalam pelbagai jenis masakan. Selain sesuai digunakan dalam resepi masak lemak cili api, batang keladi juga akan digunakan dalam masakan asam pedas keladi. Namun jika anda tidak tahu cara penyediaannya yang betul, anda akan mudah berasa gatal bila memakannya.

Ikuti resepi asam pedas keladi yang telah dikongsikan oleh Noor Hafezah Mokhtar di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Di sini dia turut kongsikan cara mudah untuk memastikan keladi yang digunakan tidak akan menyebabkan kegatalan pada kulit anda. Rupanya mudah sahaja!

Cara Buat Asam Pedas Keladi

Bahan-Bahan

  • Batang keladi secukupnya
  • Garam
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Seinci kunyit
  • Belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Air
  • Asam keping
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Sedikit minyak masak  asam pedas keladi

Cara Penyediaan

  1. Kupas kulit keladi dan basuh sehingga bersih. Potong ikut saiz yang diingini. asam pedas keladi
  2. Didihkan air dan sedikit garam dalam periuk, celur sekejap batang keladi tadi dan toskannya. Lalukan sikit air paip untuk bilaskan.
  3. Kisarkan bawang kecil, bawang putih, kunyit, dan belacan. Kemudian, tumiskan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan bilis, asam keping, air dan masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan batang keladi yang dah celur tadi, bunga kantan, daun kesum, garam, gula, ajinomoto secukup rasa. asam pedas keladi
  6. Didihkan sebentar, biar masak elok dan siap untuk dimasak. asam pedas keladi asam pedas keladi

Memang mudah sahaja resepi asam pedas keladi ini? Pastikan anda celurkan batang keladi yang ingin dimasak seperti langkah yang dikongsikan untuk elakkan kegatalan. Jika anda mempunyai pokok keladi yang boleh dimasak, ikuti resepi ini. Memang ringkas sahaja dan semestinya sangat sedap bila dimakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Noor Hafezah Mokhtar di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca Juga: Cara Paling Mudah Buat Apam Telur, Sekali Hidang Terus Licin. Tak Terkata Sedapnya!

tags: |