Ikan Celup Tepung merupakan hidangan atau makanan yang sangat popular di negeri pantai timur. Lebih-lebih di kawasan pantai bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Rata-rata pengunjung dari negeri lain akan singgah untuk menikmati ikan serta sotong dan makanan lain di kedai-kedai yang terletak di tepi pantai.
Berkenaan dengan Ikan Celup Tepung ini, pastinya ramai kan yang sudah mencubanya sendiri di rumah. Namun gorengan tak cantik dan rangup seperti mana dijual di kedai atau restoran. Nak jadikan gorengan anda rangup dan sedap, guna teknik dan kaedah yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini. Sangat mudah dan pastinya akan menjadi rangup!
Mudah sahaja kan nak buat Ikan Celup Tepung yang sedap dan rangup ini? Menurut lelaki ini, setiap resepi adalah sama cuma cara dan teknik gorengan yang berbeza. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula menggoreng sekarang.
Kredit: Muliadi Ramli
Baca juga: Resepi Ikan Goreng Masak Taucu Yang Mudah Serta Menyelerakan. Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas!