Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Nasi Lemak Daun Pisang & Sambal Yang Padu, Tak Guna Santan Pun Tetap Sedap Tau!

Cara Buat Nasi Lemak Daun Pisang & Sambal Yang Padu, Tak Guna Santan Pun Tetap Sedap Tau!

Kategori: ,
resepi nasi lemak daun pisang

Nasi lemak merupakan antara menu makan pagi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia. Bagi yang amat menggemari nasi ini pastinya akan menjadikan ianya sebagai menu wajib setiap pagi. Selain membelinya dari kedai atau restoran, anda juga boleh cuba membuatnya sendiri di rumah.

Kalau tiada santan pun tiada masalah, anda masih lagi boleh membuat nasi lemak ini. Nak lebih sedap dan beraroma boleh hidangkan atas daun pisang. Ditambah pula dengan sambal yang padu memang betul-betul menyelerakan.

Resepi Nasi Lemak Daun Pisang Bersama Sambal Bilis Yang Enak

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan: 

  • 3 pot beras cuci dan toskan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 inci halia | hiris nipis
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 1 ulas bawang putih | hiris
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Sedikit minyak
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan: 

  1. Cuci bersih dan toskan beras.
  2. Masak nasi macam biasa dengan semua bahan di atas.

Resepi Sambal Ikan Bilis Padu

Bahan Tumis: 

  • 1 biji bawang merah | dimayang
  • 1 ulas bawang putih | dimayang
  • 1/2 biji bawang holland | dimayang
  • 1 helai daun pandan

Bahan Kisar: 

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 10 ekor ikan bilis

Lain-lain bahan: 

  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 keping gula melaka | untuk rasa lemak manis
  • 1-2 sd besar gula | kena ada rasa manis
  • 2 sd besar kicap manis
  • Garam
  • Maggi secukup rasa
  • 1/2 keping asam keping | bila dah masam boleh keluarkan dari kuali
  • Sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna.
  2. Tumiskan bahan-bahan tumis tadi. Apabila dah garing masukkan bahan yang kita kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak dengan api yang perlahan untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  3. Setelah sambal pecah minyak, masukkan gula melaka dan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkann asam keping dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan. Saya masak agak lama untuk memastikann sambal kita masak sempurna.
  5. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam dan maggi cukup rasa. Masukkan kicap manis dan siap untuk dihidang.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak daun pisang ni? Dah siap nanti hidangkan je atas daun pisang. Pasti aromanya lebih enak dan menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasaknya sekarang.

Kredit: Bonda Aisyah 

Baca juga: Buat Sambal Selalu Merecik? Guna Teknik Yang Dikongsikan Oleh Ahli Kimia Ini, Baru Tak Kotor Dapur!

tags: |