Kuih Ulat Bulu merupakan kuih yang berasal dari Terengganu dan kedengaran agak menyeramkan. Mana tidaknya, serangga atau haiwan yang berbisa seperti ulat bulu ini diberi nama kepada kuih. Namun tidak menjadi masalah pun kerana rasanya sedap, sedikit kenyal dan menyelerakan.
Nak cuba buat Kuih Ulat Bulu ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Muliadi Ramli ini. Kelihatan sangat mudah dan sedap.
Cara Buat Kuih Ulat Bulu Terenggan Berintikan Kacang Merah Yang Mudah Dan Sedap!
Bahan doh/kulit:
- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sb air kapur makan
- Secubit garam
- 1 cawan air
- 1 sk pewarna
Cara Penyediaan:
- Campur semua bahan dan kacau rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit.
- Masukkan pewarna dan gaul rata.
- Kemudian uli doh sampai sebati sehingga tidak melekat dijari.
- Rehatkan doh seketika.
Bahan Inti Kacang Merah:
- 150 gram kacang merah
- 2 keping nisan (kerek kecil)
- 2 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
- Rebus kacang merah sampai empuk.
- Masukkan nisan dan daun pandan.
- Masak sampai kering dan kacang merah hancur sepenuhnya.
- Biarkan sejuk dan bulat-bulatkan.
Cara Penyedian Kuih Ulat Bulu:
- Bentukkan kuih dan masukkan inti.
- Kemudian didihkan air, apabila air mendidih masukkan kuih ke dalam periuk.
- Apabila timbul boleh angkat dan toskan airnya.
- Kemudian masukkan kuih dalam kelapa parut dan taburkan beras pulut. Pastikan kelapa parut putih sahaja, kalau nak tahan lama boleh kukus dalam 10 minit dan masukkan secubit garam. Beras pulut pula goreng sampai garing.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Kuih Ulat Bulu ini? Sangat sesuai untuk dimakan pada waktu pagi atau petang. Nak dijadikan juadah berbuka puasa pada bulan puasa pun sangat sesuai tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
Selamat mencuba!
Kredit: Muliadi Ramli
Baca juga: Resepi Beke Ubi Kayu Yang Sedap, Setiap Suapan Terasa Nikmat. Ramai Suka!