Plastik digunakan dalam semua industri, terutamanya industri makanan dan minuman. Mudah dan menjimatkan kos perniagaan, ramai peniaga menggunakan bungkusan dan straw yang diperbuat dari plastik. Namun begitu, penggunaannya telah membawa padah dan menjejaskan alam persekitaran sehingga menyebabkan kepupusan segelintir spesis haiwan.
Demi menjaga alam persekitaran, segelintir pihak telah beralih kepada bungkusan yang lebih mesra alam. Pada beberapa tahun lepas, beberapa negeri turut melarang penggunaan straw plastik. Malah syarikat besar turut memboikot penggunaannya. McDonald’s merupakan antara restoran besar yang cuba menghadkan penggunaan straw dengan memperkenalkan penutup minuman yang lebih senang untuk diminum. Namun masih ada segelintir pelanggan yang lebih suka menggunakan straw dan berasa hairan bila ia tidak disediakan.
Terbaru, seorang pelanggan McD berasa hairan apabila setiap kali dia membeli makanan dan minuman dari restoran makanan segera itu, straw tidak pernah disediakan. Tambahnya, dia perlu sentiasa memeriksa dan memintanya dari pekerja-pekerja yang ada untuk mendapatkan straw.
Untuk menjelaskan kepada pelanggan tersebut, salah seorang pekerja McD yang memiliki akaun TikTok, __tiarajamaludin, tampil kongsikan video penjelasannya. Hal itu merupakan perkara yang biasa dan ada sebabnya.
Meminta penjelasan dari salah seorang managernya, menurutnya penutup minuman McDonald’s direka untuk memudahkan pelanggan meminum tanpa penggunaan straw. Jika dilihat, ia mempunyai lid kecil yang boleh dibuka dan ditutup, boleh terus diminum. Namun bagi minuman dari McD, reka bentuknya yang sama seperti separuh dome memerlukan penggunaan straw. Sebab itu hanya minuman dari McCafe diberikan straw. Tambah mereka, buat minuman biasa, ianya bukan jadi satu masalah untuk pelanggan meminta straw. Namun ia perlu dimaklumkan pada pekerja supaya straw disediakan.
https://www.tiktok.com/@__tiarajamaludin/video/7076247848437779738?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@__tiarajamaludin Reply to @imahdin90 air mccafe sahaja y akan dpt straw.. selain dari tu kene request yaa 🥰 @lelakidamansara #tiarajamaludin #fyp ♬ original sound – IG : @__tiarajamaludin 🍟
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasakan tindakan McD yang tidak menyediakan straw pada pelanggan adalah untuk menjaga alam persekiran dan mengurangkan penggunaan straw.
Semoga penjelasan dari staff ini dapat menyelesaikan sebarang kekeliruan. Lain kali kalau tak dapat straw dari McD, jangan cepat marah. Seeloknya pesan pada pekerja untuk menyediakannya. Namun begitu, ayuh kita hentikan penggunaan straw plastik demi menjaga kebersihan alam sekitar.
Kredit: TikTok __tiarajamaludin
Baca Juga: Jualan Teh Ais Tak Laku, Akhirnya Spiderman Ini Cuba Cara Lain Pula Untuk Tarik Pelanggan