Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tengok Rakaman CCTV, Individu Ini Terharu Bila Lihat Perbuatan Jiran Di Depan Rumahnya

Tengok Rakaman CCTV, Individu Ini Terharu Bila Lihat Perbuatan Jiran Di Depan Rumahnya

Kategori:
LIHAT PERBUATAN JIRAN

Kehidupan berjiran ini ada juga cabarannya. Seringkali kita sering mendengari pelbagai kisah-kisah dan pengalaman buruk dengan jiran tetangga yang telah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial. Hal tersebut membuatkan kita berasa takut untuk mengenali jiran masing-masing.

Namun di Malaysia, kehidupan berkomuniti itu sangat penting. Malah dalam agama, kita juga perlu menjaga hubungan dan sikap dengan jiran kita. Bila hidup berjiran, kita perlu hindari perasaan iri hati dan buruk sangka. Sebaliknya kita perlu sentiasa membantu dan bersedekah dengan jiran-jiran kita. Hal itu dapat mengeratkan silaturahim dan membina sebuah komuniti yang baik.

Terharu Bila Lihat Perbuatan Jiran Dalam Rakaman CCTV

Terbaru, seorang individu, joeaziz153 telah memuat naik sebuah rakaman dan berkongsi peristiwa yang baru sahaja terjadi pada rumahnya di laman TikTok. Menggunakan CCTV demi memantau keadaan dan keselamatan rumahnya, sungguh dia tidak menyangka tindakan jirannya membuatnya berasa terharu. LIHAT PERBUATAN JIRAN

Mungkin tiada di rumah pada ketika itu, lelaki itu memeriksa rakaman CCTV bagi memastikan tiada apa terjadi. Bila dilihat, lelaki itu menyedari beberapa orang jirannya telah ke rumahnya untuk meletakkan sesuatu. LIHAT PERBUATAN JIRAN

Nampak seperti beberapa bungkusan makanan, individu tersebut terus memeriksa apa yang diletakkan. Apabila diperiksa, rupanya jiran-jirannya telah meninggalkan beberapa bungkus makanan untuk dirinya. Hal itu membuatnya berasa bersyukur dan terharu dengan kebaikan jirannya. LIHAT PERBUATAN JIRAN

@budakkg87♬ Ya Allah – Wali

Menjengah di ruangan komen video tersebut, ramai yang berasa bahawa lelaki itu sangat beruntung kerana dikelilingi jiran-jiran yang baik hati dan elok perilakunya. Tak semua orang bernasib baik seperti dirinya.

Untung Dapat Jiran-Jiran Yang Baik LIHAT PERBUATAN JIRAN

Untungnya lelaki itu kerana mempunyai jiran-jiran yang baik hati dan mahu berkongsi rezeki. Jika orang lain berbuat baik dengan kita, apa salahnya jika kita juga berbuat begitu? Sudah tentu hidup kita juga akan diberkati. Bila hidup dalam sebuah komuniti ini, pastikan anda menjaga hubungan dengan jiran. Sama-sama kita bantu satu sama lain.

Kredit: TikTok joeaziz153

Baca Juga: “Ingat Aku Takde Duit?”, Lelaki Rasa Benggang Bila Kena Scam Dengan Restoran Arab, Tak Order Pun Sup Tu Tapi..

tags: |