Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Aiskrim Goreng Butterscotch Giant, Mudah Untuk Disediakan & Best Makan Panas-Panas

Resepi Aiskrim Goreng Butterscotch Giant, Mudah Untuk Disediakan & Best Makan Panas-Panas

Kategori: ,
AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT

Aiskrim merupakan antara jenis pencuci mulut yang sangat digemari. Sedap dan menyejukkan, walaupun aiskrim ini sedap dinikmati dengan begitu sahaja, terdapat pelbagai resepi aiskrim yang anda boleh cuba di rumah.

Antaranya adalah aiskrim goreng yang pernah terkenal dahulu. Mesti ramai yang terkejut, kan? Aiskrim boleh goreng ke? Boleh! Yang penting anda perlu ikuti resepi aiskrim goreng butterscotch giant ini yang telah dikongsikan oleh Nani Habib di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Nampak mudah dan sangat menyelerakan. Jom baca perkongsiannya.

Cara Buat Aiskrim Goreng Butterscotch Giant

Bahan-Bahan

  • Aiskrim (perisa ikut suka)
  • Roti butterscotch Gardenia AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT
  • Cornflakes (dapatkan di sini)

AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT

  • Tepung gandum
  • Minyak masak AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT

Cara Penyediaan

  1. Hancurkan cornflakes untuk kita salutkan diluar nanti dan letak ke tepi. Kemudian, bancuh tepung gandum. Jangan cair sangat agak-agak sahaja. AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT
  2. Ambil roti dan lenyekkan. Kemudian, scoop aiskrim letak atas roti dan bulatkan menjadi bulat. (Nak jadikan besar, doublekan roti) AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT
  3. Kemudian, bekukan dalam 2 hingga 3 jam dahulu. Nanti tak sedap.
  4. Bila sudah beku, ambil roti aiskrim dan salutkan dengan tepung gandum dan untuk jadikan ia rangup, salutkan dengan cornflakes. AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT
  5. Dalam kuali, tuangkan minyak masak. Pastikan minyak betul-betul panas baru goreng.
  6. Goreng sekejap dan bila sudah keperangan, angkat dan toskan minyak. Cepat-cepat menikmatinya. AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT AISKRIM GORENG BUTTERSCOTCH GIANT

Mudah sahaja resepi ini, kan? Paling penting anda perlu guna roti butterscotch itu untuk dijadikan kulit untuk goreng aiskrim anda. Semestinya pencuci mulut ini akan kembali menjadi kegemaran ramai. Cubalah sediakannya untuk anak-anak di rumah buat minum petang. Mana lagi nak cari aiskrim goreng, kan?

Selamat mencuba.

Kredit: Nani Habib di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

tags: | |