Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jenis Suka Berkhayal..”, Puas Anak-Anak Selalu Makan Lambat, Ibu Ini Cuba Cara Lain Untuk Cepat. Tapi Lain Pula Jadinya

“Jenis Suka Berkhayal..”, Puas Anak-Anak Selalu Makan Lambat, Ibu Ini Cuba Cara Lain Untuk Cepat. Tapi Lain Pula Jadinya

Kategori:
MAKAN LAMBAT

Anak-anak ini merupakan satu amanah yang perlu dijaga dan dididik dengan baik. Agak mencabar, para ibu bapa perlu sentiasa bersedia dan kuat bila melayan ragam mereka. Walaupun ada kalanya perangai anak-anak ini boleh membuat sesiapa sahaja hilang sabar namun ibubapa perlu tabah dan bijak menguruskannya.

Walaupun dari darah daging sendiri, ada perangai anak-anak ini yang lain dari ibu bapa mereka. Ada yang mempunyai anak-anak yang lincah tapi ibu bapa jenis pendiam, ada pula yang mempunyai anak-anak yang suka makan secara perlahan manakala ibu bapanya jenis yang suka makan cepat. Bila berbeza personaliti dan perilaku sebegitu, mana-mana ibu bapa boleh hilang sabar. Akhirnya mereka perlu bijak dan memikirkan cara lain untuk mengatasinya.

Puas Anak-Anak Selalu Makan Lambat, Wanita Ini Cuba Cara Lain Tapi..

Keluar bersama keluarga di sebuah restoran untuk makan bersama, seorang wanita bagaimanapun mula berasa bosan apabila mendapati anak-anaknya belum menghabiskan makanan mereka. Jenis suka makan lambat, barangkali wanita itu tidak mahu menuggu anak-anaknya terlalu lama dan mendapat idea untuk mencepatkan mereka. MAKAN LAMBAT

Menawarkan untuk membeli permainan pada yang paling cepat menghabiskan makanan, wanita itu terhibur melihat anak-anaknya berlumba-lumba untuk menghabiskan hidangan masing-masing. Namun begitu setelah beberapa saat, wanita itu terkejut apabila pemenang ‘pertandingan’ itu tak lain tak bukan adalah suaminya. Terkejut dan sedikit keliru, wanita itu binggung memikirkan hadiah yang perlu dibeli pada si suami. MAKAN LAMBAT

@gulabatu8891 #omg #rabakpoket ♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut mencadangkan beberapa hadiah yang boleh diberi kepada si pemenang itu.

Bagi Mainan Jugak La MAKAN LAMBAT

Sesiapa yang ada anak-anak yang suka makan lambat, cuba cara ini pula. Dijamin lebih berkesan dan pastikan anda tetapkan peraturan yang melarang si ayah dari menyertai pertandingan itu. Kalau dia yang sertai, memang dialah yang akan menang. Jadi untuk lebih adil, awal-awal lagi tetapkan peraturan itu.

Kredit: TikTok gulabatu8891

Baca Juga: Tengok Rakaman CCTV, Individu Ini Terharu Bila Lihat Perbuatan Jiran Di Depan Rumahnya

tags: | |