Nasi goreng sememangnya menjadi hidangan pilihan ramai tanpa mengira waktu. Di Malaysia, terdapat pelbagai versi nasi goreng yang anda boleh cuba di warung atau di rumah. Semuanya enak dan menyelerakan.
Namun bagi anda yang sukakan rasa yang ringkas dan sedap, tiada apa yang boleh mengalahkan nasi goreng mak. Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur, resepi ini sungguh mudah dimasak. Ikuti perkongsian resepi nasi goreng mak oleh Cempaka Iris Yaya di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni OFFICIAL (MATJHN).
Resepi Nasi Goreng Mak
Bahan A
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi Siam
Bahan B
- Nasi putih semalam
- Pucuk ubi dipotong kecil
- Ikan tenggiri jeruk
- Perencah nasi goreng Seri Aji
- Ikan bilis segenggam
- 2 biji telur
Cara Penyediaan
- Tumbuk bahan A kemudian, ketepikan. Tak kisahlah nak tumbuk kasar atau halus, mana-mana pun boleh.
- Masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan A hingga naik bau.
- Masukkan ikan bilis, ikan tenggiri jeruk yang dah dihancurkan. Kemudian, pecahkan telur. Masukkan sedikit perencah nasi goreng kampung Seri Aji sebagai perasa.
- Kemudian, baru masukkan pucuk ubi. Masukkan nasi. Gaul rata hingga semua sebati. Tak perlu letak garam sebab kita dah ada rasa masin dari jeruk ikan tenggiri.
- Apabila rasa nasi goreng dah seimbang rasa masin dan pedas, boleh padamkan pai. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
Memang betul resepi ini mudah sahaja kan untuk disediakan? Bagi anda yang ingin nasi goreng yang ringkas sahaja untuk dimasak di rumah, bolehlah mencubanya. Dijamin sedap dan membangkitkan selera.
Selamat mencuba!
Kredit: Cempaka Iris Yaya di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni OFFICIAL (MATJHN)
Baca Juga: Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Kalah Kedai Tau. Bukan Sahaja Sedap Malah Membuatnya Juga Tak Terlalu Rumit!