Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sebenarnya Dia Dah Janji..”, Lelaki Perlu Tanggung Malu Gara-Gara Pakai Baju Sama Dengan Pekerja Mamak

“Sebenarnya Dia Dah Janji..”, Lelaki Perlu Tanggung Malu Gara-Gara Pakai Baju Sama Dengan Pekerja Mamak

Kategori:
PAKAI BAJU SAMA DENGAN PEKERJA MAMAK

Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan semasa, orang ramai kini boleh melakukan shopping secara online. Dengan pelbagai pilihan dan harga yang berpatutan dan harg yang murah, macam-macam boleh beli melalui talian termasuklah pakaian seperti baju, gaun, skirt dan sebagainya.

Namun memandangkan baju-baju kini dijual secara online dengan harga yang berpatutan, tidak mustahil design yang korang beli itu juga dimiliki oleh orang lain. Jika terserempak dengan mereka yang memakai pakaian yang sama, hal itu boleh membuat segelintir orang berasa malu. Nak tengok pun tak sanggup, malah ada yang berasa ingin menyorok dari dilihat oleh ‘kembarnya’.

Pakai Baju Sama Dengan Pekerja Mamak, Lelaki Ini Berasa Segan Pula

Terbaharu, seorang lelaki, syahrulnazreen, berkongsi gelagat salah seorang kawannya menerusi sebuah video yang telah dikongsikan di laman TikTok. Mengunjungi sebuah restoran mamak untuk makan-makan sambil melepak, mereka mula menyedari sesuatu yang pelik bila melihat baju t-shirt yang dipakai oleh salah seorang pekerja di sana. PAKAI BAJU SAMA DENGAN PEKERJA MAMAK

Diperhatikan dari jauh, lelaki itu menyedari bahawa rupa-rupanya kawannya telah memakai baju yang sama dengan pekerja tersebut. Memakai baju dengan design muka serigala dengan warna biru dan sedikit kekuningan, oleh kerana designnya yang agak menarik, design baju mereka agak menonjol jadi mungkin pekerja itu turut menyedari hal tersebut. PAKAI BAJU SAMA DENGAN PEKERJA MAMAK

Bila melihat pada kawannya, jelas lelaki itu turut berasa segan dengan perkara itu. Sampai tergaru-garu belakang kepala, barangkali tengah cuba sedaya upaya nak cover rasa malunya.

https://www.tiktok.com/@syahrulnazreen/video/7078216968809106714?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@syahrulnazreen Datang lepak mamak sekali baju sama dengan mamak pulak 🤣🤣 #fypシ゚viral #esekeli #jempala🤪 ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Terhibur dengan perkara itu, orang ramai pula menyangka bahawa mungkin baju itu merupakan uniform buat pekerja-pekerja di restoran itu. Turut mengusik kawan lelaki itu di ruangan komen video itu, ada juga yang menyuruhnya untuk sambung kerja dari melepak.

Dah La Bang, Pergi Sambung Kerja PAKAI BAJU SAMA DENGAN PEKERJA MAMAK

Mungkin beli secara online, sebab itulah boleh pakai baju sama dengan pekerja mamak. Padahnya bila shopping baju online. Hati-hatilah ya bila membeli baju, takut nanti sama pula dengan orang lain. Tak pasal-pasal kena ejek dengan kawan-kawan nanti.

Kredit: TikTok syahrulnazreen

Baca Juga: “Seram Nak Pegang..”, Tengah Siang Ikan, Wanita Ini Terkejut Bila Jumpa Ulat Dalam Perut Ikan

 

tags: | |