Apabila tiba bulan Ramadan, pasti ramai orang yang mengambil peluang untuk berniaga. Kebanyakan daripada mereka ini akan berniaga makanan serta minuman. Tidak kira sama ada menjual di bazar Ramadan atau pun membuka gerai kecil di tepi jalan. Namun yang banyak mendapat tarikan adalah gerai atau kedai yang menjual minuman.
Bukan sahaja orang biasa yang akan manfaatkan bulan Ramadan ini untuk berniaga malah ramai juga para artis atau pun influencer yang bakal menjalankan perniagaan di bulan puasa. Kemungkinan makanan dan minuman yang dijual oleh mereka ini akan laku memandangkan mereka sudah sedia dikenali ramai.
Yang bakal turut menjual minuman untuk bulan puasa nanti adalah influencer Syahmi Sazli, di mana katanya dia bakal menjual air cendol pada bulan puasa nanti. Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok dapat dilihat dia mahu mencuba air cendol yang dimasak oleh isterinya.
Katanya dia meminta isterinya Nissa untuk membuat air cendol sebagai percubaan untuk menjualnya di tepi jalan pada bulan Ramadan nanti. Menerusi video tersebut, dapat dilihat satu periuk cendol yang telah dimasak bersama-sama dengan santan. Air gula merah juga turut kelihatan di sisi periuk tersebut.
Tidak mengambil masa yang lama, Syahmi Sazli memasukkan 1 cawan ais ke dalam gelas yang dipegangnya lalu memasukkan beberapa senduk air gula melaka sebelum menuangkan cendol berserta santan. Namun apabila sudah selesai memasukkan kesemua bahan-bahan tersebut hasilnya tidak menjadi.
Dapat dilihat air gula melaka mula membeku dan Syahmi juga turut memberitahu ianya tidak menjadi. Di akhir video berkenaan, Syahmi sempat meminta orang ramai memberitahu apa yang tidak kena ekoran air cendol tersebut tidak menjadi.
https://www.tiktok.com/@syahmi_sazli/video/7078966628368567579?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833
@syahmi_sazliPercubaan tak menjadi..♬ original sound – Syahmi Sazli
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi daripada warganet. Ada yang terhibur dan tergelak apabila melihat situasi tersebut. Namun ramai juga yang menyarankan agar memasukkan gula melaka, cendol dan kemudiannya baru letakkan ais ke dalam cawan berkenaan.
Mungkin gula melaka menjadi beku sedemikian rupa adalah disebabkan memasukkan air terlebih. Namun ianya adalah percubaan yang baik. Semoga selepas ini air cendol yang dibuat menjadi dan perniagaan yang dijalankan laris.
Kredit: Syahmi Sazli