Setiap ibu bapa akan mengingati tarikh lahir anak-anak mereka. Merupakan salah satu tarikh yang bermakna, sebuah sambutan akan diadakan bagi meraikannya.
Di usia anak-anak masih kecil, ibu bapa lebih bersemangat untuk mengadakan majlis bersama kek dan hadiah. Gelagat anak-anak ketika menyambut majlis itu juga akan dijadikan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Namun begitu, anak-anak ini mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Tanpa diduga, pelbagai hal boleh berlaku. Tak kena sedikit, sudah tentu mereka akan mula menangis dan mengamuk. Perkara itu boleh menguji kesabaran ibu bapa namun memandangkan anak-anak itu masih lagi kecil, tak sampai hati pula nak marah.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat anaknya. Memandangkan anaknya masih lagi kecil dan hari itu merupakan hari jadinya, wanita itu mengadakan sebuah majlis bagi meraikannya bersama sebuah kek dari Secret Recipe.
Namun hal yang tidak diduga tiba-tiba sahaja berlaku apabila ketika anaknya ingin memotong kek yang telah dibeli, kek itu telah tertolak dan secara tidak sengaja, tangannya telah terkena kek itu.
Mungkin sedih kerana rupa kek itu sudah rosak, adik itu tiba-tiba sahaja mengamuk dan menangis di majlis hari jadinya. Namun wanita itu tetap sabar melayan kerenah anaknya itu. Nak marah pun tak sampai hati.
@khalilahrizqina Terkejut semua tetiba Rizqina tampo kek 😂 #khalilahrizqina #matahatisaya #syurgasaya #anaksyurga #downsyndrome
@khalilahrizqina Terkejut semua tetiba Rizqina tampo kek 😂 #khalilahrizqina #matahatisaya #syurgasaya #anaksyurga #downsyndrome ♬ original sound – ælya
Menjengah di ruangan komen, orang ramai memahami apa yang berlaku boleh menguji kesabaran si ibu. Mereka menasihatkan wanita itu untuk terus kuat dan sabar menghadapi kerenah anaknya. Ketika kecil ini macam-macam ragamnya.
Ibu bapa kena bersedia untuk segala kemungkinan bila mengadakan majlis hari jadi anak-anak. Mood anak kecil ini juga tidak menentu jadi tanpa diduga, mereka boleh tiba-tiba sahaja mengamuk di tengah-tengah majlis. Jangan dimarahi, seeloknya cuba memujuk mereka semula. Tak lama nanti tentu akan okey semula.
Kredit: TikTok khalilahrizqina
Baca Juga: Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap Pada Pelanggan, Lelaki Ini Terpaksa Cari Cara Lain