Dunia semakin bergerak ke arah pemodenan, oleh itu teknologi semakin berkembang. Untuk mengurangkan kos pekerja, pengusaha restoran turut memperkenalkan teknologi robot di restoran mereka untuk melakukan tugas-tugas ringkas dan mudah seperti mengambil dan menghantarkan makanan kepada meja pelanggan.
Pengenalan pelayan robot di restoran juga dapat meringkan beban pekerja, sekaligus mereka boleh fokus pada tugasan lain yang lebih penting. Namun memandangkan ia masih lagi baru dan merupakan sebuah mesin, para peniaga perlu tahu cara pengedaliannya. Tak seperti manusia yang boleh berfikir dengan diri sendiri, pelayan robot itu juga memerlukan ‘bantuan’ jika berlaku hal yang tidak diduga.
Mengunjungi sebuah restoran yang menggunakan teknologi pelayan robot, seorang lelaki yang berasa kagum melihat mesin itu merakam gelagat pelayannya ketika menghantarkan setiap pesanan pelanggan.
Setelah pelayan robotnya tiba di mejanya, dia terus mencapai minuman yang ada sebelum robot itu melakukan pusingan untuk kembali ke kaunter bagi menghantar pesanan yang lain pula dari dapur. Namun apabila cuba melakukan hal itu, pelayan itu hampir berlanggar dengan satu lagi pelayan robot yang turut menjalankan tugasnya.
Tersekat, orang ramai kelihatan terhibur melihat gelagat dua robot itu. Memandangkan ia sebuah mesin dan tidak tahu jalan keluar, seorang pekerja datang bagi menyelesaikan isu tersebut.
@jejaka.hitam_73 pelayan kami robot viral..#sabahancrew_fams #foryoupage #fypシ゚viral #fypppppppppppppppppppppppp#1malaysia🇲🇾♥️
@jejaka.hitam_73 pelayan kami robot viral..#sabahancrew_fams #foryoupage #fypシ゚viral #fypppppppppppppppppppppppp#1malaysia🇲🇾♥️ ♬ bunyi asal – ollotto_1531
Bila menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai pula berpendapat bahawa penggunaan teknologi robot pelayan di kedai makan ini lebih membebankan dari banyak manfaatnya. Malah ada juga yang risau ia akan meningkatkan kes pengganguran di Malaysia.
Penggunaan robot pelayan di restoran sememangnya membantu pemilik dan pekerja. Namun ia perlu dikendalikan dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku sebarang kesilapan dan kerosakkan pada mesin itu yang telah dibeli dengan ribuan ringgit.
Tambahan pula. orang ramai tidak perlu terlalu risau tentang isu kekurangan peluang pekerjaan kerana robot pelayan yang ada hanya mampu melakukan tugas-tugas mudah sahaja dan belum lagi mampu menggantikan tenaga manusia.
Kredit: TikTok jejaka.hitam_73
Baca Juga: “Mood Dia Tak Baik Tu..”, Seronok Sambut Hari Jadi, Adik Kecil Ini Tiba-Tiba Sahaja Mengamuk